THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 24 Ogos 2008

Bebelan kosong part 1

Hari ini aku rase letih sangat2.. tak tahu le kenapa. Nak kate aku tido lambat mlm tadi, tak gak sbb Pukul 10 malam tepat aku dah naik atas katil dan dah nyenyak tido dah.. Masalahnya pula, memang badan ni giler babeng punya letih tp time dah naik atas katil, mata lak tak leh nak lelap .Ni yang bikin aku tertekan sikit ni.. Tapi takpe aku cuba berfikiran positif dan kreatif bagi selesaikan masalah yang membelenggu diri aku ni. Memandangkan situasi aku yang agak kritikal ini, aku decide untuk bukak laptop n layan lagu dengan harapan moga- moga aku akan layu secara perlahan... Sempat le jugak layan lagu the strokes, layan MCR, bunkface n beberapa band dalam dan luar negara.. Memang best. Kadang- kadang terfikir gak aku macamana la diorang ni boleh terfikir untuk buat n hasilkan lagu- lagu yang best macam tue.. Kenapa aku tak boleh??. Takkan sebab aku tak gheti main alat musik kot?.. Tapi boleh jadi gak, sebab teringat lak member aku pernah kate, kadang2 time kite tengah petik2 tali gitar, time tu la idea/ ilham nak buat lagu akan melambak2 datang.. Hai, rugi pulak rasanya masa dulu2 tak belajar main gitar.. Nak belaja main skang memang perit. dh lambat.. Bak kate orang jari- jemari pun dah keras.. Ah, Tak kisah la, lagi pun aku ni lebih suka tengok orang lain main alat musik dari aku main alat musik.. sebab bagi aku "seni" main musik tu lebih nampak kalo tengok atau dengar orang lain main berbanding kalau aku main... Sebab tue kalo aku ade duit lebih, aku suka beli cd2 demo/ep/album band2 tak kira dalam ke atau luar negara ke sbb aku teringin nak rase "seni" yang diorang cube sampaikan.. Bagi aku music tu macam sesuatu yang tersembunyi, kalo dapat cari ape yang tersembunyi tue kita akan merasa apa yang cuba disampaikan.. tak kisah le pasal ape.. Pasal hidup yang berliku ke, or pasal cintan- cintun ke mahupun pasal dunia yang porak- poranda!!! Bercakap pasal yang dunia yang porak- poranda ni, aku terasa amat2 bersyukur sebab lahir kat Malaysia ni.. Bayangkan le kalo mase aku lahir mak aku lahir kat Iraq ke or kt Lubnan, confirm skrg aku x de mase nak tulis bebelan dalam blog ni.. Silap2 haribulan,Skrg ni aku tgh pegang M-16 kt sempadan negara.. halang musuh masuk negara, sape tau!!...Fuh, Memang bersyukur tersangat- sangat la senang ckp. Dapat duduk kat negara yang aman, tak de perang- perang.. Bebas buat ape je, boleh pegi jalan- jalan kat bandar tanpa sekatan melainkan le kalo JPJ or polis sekatan jalan- raya.. tp ape mau kisah aku punya lesen, lesen besar. Berbalik kepada point asal, memang beruntung dapat tinggal kat Malaysia ni.. Tp yang tak best nye pulak antara korang sedar atau tak, sekarang ni macam ade sesetengah pihak yang tak beretika dan tak bertanggungjawab cuba untuk menganggu gugat keamanan dalam negara dengan cara jahat iaitu dengan membangkit isu-isu yang boleh cetuskan kemarahan rakyat Malaysia tak kira kaum melayu ke, cina ke atau india.. Bagi aku le, isu- isu yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya berkaitan sensitiviti kaum tak harus dan tak wajar disentuh kerana percayalah cakap aku kalo isu- isu "tu" disentuh tak kira secara langsung atau tidak, ia boleh menjejaskan keamanan negara.. Kadang- kadang pelik gak aku, pihak- pihak berkenaan yang cuba ganggu gugat ni bukannye orang- orang yang bodoh n tolol.. Mereka2 ni semua berpelajaran tinggi.. Korang try tanya soalan add math or kimia ke, aku yakin tutup mata pun diorang boleh jawab.. tp bile tibe bab2 yang berkaitan sensitive ni, diorang ni tiba- tiba je berfikir macam orang yang tak guna otak. Senang cite, tibe2 je diorang jadi bodoh..tue yang diorang cakap tanpa fikir kesannya pada negara. Aku pun malas nak cakap benda ni banyak- banyak sebab bagi aku benda ni kita kena fikir sendiri.. Lagipun Aku pun bukannye tahu sangat pasal benda ni, info- info setakat baca surat khabar jek.. Tapi benda ni budak- budak pun boleh pikir.. Maklum le benda yang sudah terang lagi bersuluh.. Kesimpulannya kalo nak negara ni kekal aman, jangan le buat benda- benda yang tak betul...Dah la, aku pun malas nak tulis lagi la sebab mata pun dah berat ni... Ni gara- gara layan lagu le ni.. Oleh itu, terpaksa la aku berhenti sampai kat sini. Ape- ape pun, ingatlah kalo kita ade dalam kesenangan semua tu Tuhan yang kurniakan dan tanpa-Nya siapa le kita manusia yang lemah dan papa ni.. Selamat tidur kawan- kawan, bangun awal boleh makan... Bye