THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 30 Oktober 2008

Universiti Darul Iman Malaysia



Jika dilihat dengan kepada interface laman web Universiti Darul Iman Malaysia, saya percaya hanya terdapat 2 sahaja perkataan yang akan keluar dari mulut kita.. TERLALU SIMPLE.. Pembuatan interface yang bagi saya amat- amat simple yang secara tidak langsung mencemarkan nilai simple itu sendiri. Selalunya, para pengunjung yang ingin memasuki ke dalam sesebuah laman web mengharapkan dapat mengunjungi sebuah laman yang simple tetapi ia dapat menarik minat mereka dengan penyediaan kemudahan- kemudahan seperti pilihan bahasa ( melayu/ english ) dan enjin carian yang dapat membantu serta memudahkan kerja mereka terutamanya untuk mendapatkan info serta maklumat yang berguna dari sesebuah laman web tersebut. Dan dipendekkan cerita, tidak terdapat elemen- elemen ini dalam interface laman web Universiti Darul Iman Malaysia yang menyebabkan lebih banyak lagi kekurangan yang terdedah di dalam interface laman web ini. Antara sedar atau tidak, jika terus begini dan tidak ada perubahan pada interface laman web di masa akan datang, percayalah tiada seorang pun akan berminat untuk mengunjungi laman web ini walaupun pengunjung itu seorang yang simple.
Kelemahan laman web ini yang begitu ketara adalah kerana antara mukanya yang terlalu simple. Rekabentuk dan pemilihan warna latar belakang juga kelihatan begitu simple. Jika dilihat, jelas hanya warna putih yang memonopoli antara muka laman web ini.Selain itu, layout pada antara muka laman web ini juga jelas tidak professional. Layoutnya lebih tertumpu kepada bahagian tengah manakala bahagian kiri dan kanannya di biar kosong bgitu sahaja. Kelemahan lain yang boleh dilihat pada antara muka laman web ini adalah tidak terdapat elemen- elemen bantuan kepada pegunjung yang mengunjungi laman web ini. Elemen- elemen yang dimaksudkan adalah seperti enjin carian maklumat dan pilihan bahasa. laman web ini tidak menyediakan enjin carian untuk kemudahan pengguna mencari maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Pilihan bahasa juga tidak terdapat pada antara muka laman web ini. Ini betul- betul mengundang masalah yang besar kepada pengunjung- pengunjung yang tidak memahami bahasa melayu seperti contoh pelajar- pelajar dari universiti luar negara. Gambar yang terdapat di dalam terdapat di dalam antara muka laman web ini juga agak kecil dan seolah tidak membawa apa- apa makna (meaningless) seolah- olah hanya untuk mencukupkan syarat sahaja. Selain itu gambar utamanya yang diletakkan pada antara muka ini juga tidak menggambarkan suasana universiti yang sebenar- benarnya tetapi nampak seperti ia merupakan tempat- tempat yang bersejarah/warisan sahaja. Cara susunan gambar juga tidak menarik dan Penggunaan fonts serta warna fonts juga kelihatan statik.
Terdapat kemudahan link disediakan pada antara muka laman web Universti Darul Iman Malaysia. Link- link ini disediakan di bahagian tengah laman web ini.Pada bahagian atas pula disediakan link yang dipecahkan mengikut kumpulan dan ketegori masing- masing seperti maklumat mengenai UDM, program pengajianyang ditawarkan di UDM, berita dan info terkini. Selain itu, pautan ke jabatan penting yang terdapat di Universiti Darul Iman Malaysia juga disediakan. Seperti yang di ketahui umum, kemudahan link ini disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Pada antara muka ini juga terdapat bahagian untuk kita menghubungi pihak universiti jika terdapat apa- apa masalah. Disebabkan latar belakang antara muka ini berwran putih, saya merasakan penggunaan warna tulisan pada antara muka iaitu biru, hitam dan merah boleh dikatakan agak relevan dan boleh diterima pakai.
Kesimpulannya, antara muka laman web ini terlalu simple dan agak membosankan. Mungkin saya rasakan ini bukan laman web terbaik bagi penggemar laman web yang simple kerana tidak diragui lagi bahawa laman web ini memang " SIMPLE" tapi dimasa yang sama ia amat- amat membosankan.

Rabu, 29 Oktober 2008

Lionel Messi : Si Budak Ajaib

Salah satu personaliti yang paling aku kagum dalam arena bola sepak. Lupakan kepantasan Samuel Eto'o, kebijaksanaan Kaka mahupun kehebatan Cristiano Ronaldo jika berbicara tentang Messi. Ini kerana semua elemen- elemen ini ada pada Messi. Jadi ape yang perlu dipersoalkan lagi? Perlu ke wujudnya persoalan " hebat sangatkah Lionel Messi tu?" di kedai- kedai kopi?.. x releven kot.. Apa2 pun, jom layan Biografi Lionel Messi yang aku sediakan untuk peminat tegar budak ajaib ni.

LIONEL MESSI

Full name : Luis Lionel Andrés Messi
Birthday : June 24, 1987 (Rosario, Argentina)
Nationality : Argentinian
Other nationality : Spanish
Height : 169 cm
Weight : 67 kg
Club : FC Barcelona
Position : Forward

Lionel Andrés Messi (born June 24, 1987 in Rosario) is an Argentine football (soccer) player. Lionel Messi started playing football at a very early age in his hometown`s Newell`s Old Boys. From the age of 11, he suffered from a hormone deficiency and as Lionel`s parents were unable to pay for the treatment in Argentina, they decided to move to Barcelona, Spain. In the 2003-2004 season, when he was still only 16, Messi made his first team debut in a friendly with Porto that marked the opening of the new Dragao stadium. The following championship-winning season, Messi made his first appearance in an official match on October 16, 2004, in Barcelona`s derby win against Espanyol at the Olympic Stadium (0-1).

With several first team players seriously injured, the services of several reserve team players were called upon, and Messi became a regular feature of Barça squads. On May 1, 2005, he became the youngest player ever to score a league goal for FC Barcelona - against Albacete when Messi was only 17 years, 10 months and 7 days old. He was offered the chance to play for the Spain national football team, but declined, prefering to wait for the opportunity to play for the country of his birth. In June 2004 he got his chance, playing in a U-20 friendly match against Paraguay.

Lionel Messi wearing FC Barcelona`s colors In June 2005 he starred for the Argentina U-20 team that won the Football World Youth Championship played in The Netherlands. Messi picked up the Golden Boot as top scorer with 6 goals, and the Golden Ball for the best player of the tournament. Despite his youth, Lionel has already drawn comparisons with Diego Maradona, arguably the best football player of all time.
On September 25, 2005 Messi obtained a Spanish citizenship and was finally able to make his debut in this season`s Spanish First Division. He had previously been unable to play because FC Barcelona had filled up all of their quota of non-EU players. Messi`s first outing in the UEFA Champions League at the Nou Camp was on Sept 28 against Italian club Udinese. He impressed with some great passing and a seemingly telepathic relationship with Ronaldinho that earned him a standing ovation from the 70,000-odd Nou Camp faithful. On December of that year, the Italian newspaper Tuttosport awarded him the Golden Boy 2005 title for the best under-21 player in Europe, over Wayne Rooney and Lukas Podolski.

In September 2005, Messi was given an improved and extended contract until 2014.Messi built on his international reputation in the 2005/2006 season for Barcelona and earned himself rave reviews, most notably from Argentine superstar Diego Maradona who said that Messi was “Maradona’s successor”. Lofty praise indeed for a player barely 18 years of age. A thigh injury late in the 2005/2006 season almost ruined Messi’s chances of representing Argentina at the 2006 World Cup in Germany but coach Jose Pekerman took a chance on him and he made several substitute appearances culminating in becoming the youngest player ever to represent Argentina at a World Cup and even bagging a goal in the 6-0 victory over Serbia and Montenegro.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Universiti Sains Islam Malaysia



Interface laman web Universiti Sains Islam Malaysia juga boleh tahan menariknya. Rekabentuk dan penyesuaian warna juga kelihatan lebih bercirikan kepada warna logo dan serasi dengan warna putih. Mengambil jalan selamat dengan memilih warna putih sebagai warna backgrounds dan ternyata itu merupakan langkah tepat dalam pembinaan interfaces ini. Seperti mana yang kita sendiri ketahui, amat sukar bagi kita untuk memilih font dan colour font yang sesuai dengan backgrounds. Lainlah warna putih, jika tulisan berwarna gelap mahupun terang, ia langsung tidak menimbulkan masalah kerana ia masuk dengan semua warna. sebagai warna. Warna yang digunakan juga agak sekata. Apa yang menari perhatian saya terhadap pada interfaces laman web ini ialah pengaplikasiaan teknik flash pada link yang terdapat disini. Ini tentunya dapat menarik minat pengunjungi untuk melawati laman wb ini dan secara gus dapat memahami maklumat yang disediakan. Ia juga memberi kemudahan kepada pengunjung laman web ini untuk terus klik pada link yang disediakan.
Laman web USIM juga bercirikan user friendly. Layout laman web ini boleh dikatakan agak sederhana. kemudahan dwibahasa disediakan iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Apa yang perlu pengunjung lakukan hanya klik pada link bahasa melayu / English pada bahagian atas sekali di bahagian kanannya untuk memilih bahasa yang kita kehendaki. Disamping itu, kemudah enjin carian tidak lupa juga disediakan untuk memudah dan mempercepatkan kerja pelanggan mencari maklumat. Ia berada di bawah link dwibahasa pada bahagian atas sebelah kanan laman web ini. Pada sebelah kanan juga terdapat icon-icon yang berbeza mengikut link-link tertentu. Ia ini mampu menarik pengunjung untuk klik pada icon tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih menarik. Banner utama yang terdapat di bahagian atas menggunakan khidmat dari teknik flash dan semestinya ia nampak prfessional. Dibawah banner pula terdapat gambar-gambar yang mewakili link mengikut kategori tertentu sperti pengajian siswazah pengajian pra- ijazah dan lain- lain lagi. Lain dari yang lain kerana kebiasaan untuk ketegori ini sesetengah developer aman web hanya meletakkan link berupa tulisan semata- mata sahaja. Sungguh kreatif!. Pada bahagian tengah sebelah kiri,terdapat link untuk AplikasiPermohonan Online. Manakala disebelahnya pula terdapat link mengenai maklumat seminar yang melibat penglibatan USIM. Seperti sesetengah laman web pengajaian tinggi, laman web USIM juga mempunyai link untuk memuat turun seperti memuat turun borang, pekeliling, rujukan dan lain- lain lagi.
Dibawahnya pula, disebelah kiri terdapat buletin USIM manakala disebelah kanan pula terdapat kalendar aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak Universiti. Apa yang saya lihat, kedua- dua senantiasa dikemaskini dai semasa ke semasa .Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai USIM seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail.Bahagian paling bawah sebelah kiri terdapat penerangan kepada pengguna,supaya mengunakan Interner Explorer untuk mendapatkan paparan terbaik.Ia adalah untuk memberi panduan kepada pengguna.

Universiti Malaysia Sabah



Pada pendapat saya, interfaces laman web ini saya rasakan sama seperti laman web- laman web yang pernah saya komen sebelum ini, secara jujurnya saya ingin katakan bahawa laman web ini sangat menarik. Lihat sahaja sahaja susunan layoutnya yang menarik dan link- link yang terdapat didalam dikumpulkan dibawa ketegori- ketegori yang lebih spesifik. Ini yang membuat keadaan linknya menjadi agak tersusun. Terdapat juga link- link bergambar turut ditemui pada interface laman web ini. Terdapat 5 link bergambar iaitu Future Students, Current Students, Parents & Visitors, Academician & af, Corporate Info danjuga research. Ini juga dapat mempengaruhi keceriaan serta menaikkan seri lagi laman web ini. Amat- amat simple saya rasakan. Perkhidmatan dwibahasa juga turut tersedia di dalam web ini. Pengunjung boleh memilih bahasa melayu mahupun bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Selain itu, enjin carian juga disedia oleh developers bagi kemudahan pengunjung laman web ini. Dengan menggunakan khidmat enjin carian ini juga kita boleh mendapatkan maklumat pada laman UMS dan laman Google. Maklumat tentang event/ aktiviti juga disampaikan dengan cara penyampaian yang amat menarik. Turut disediakan juga maklumat untuk untuk mendapatkan paparan yang terbaik. Dsamping itu, alamat beserta no. telefon juga turut tersedia di bawah bahagian bawah. Secara overall saya rasakan ia menarik dan boleh rasakan jika sangat berbaloi untuk untuk dilawati. Tak percaya? cubalah layari sendiri.

Universiti Putra Malaysia



Interfaces yang menarik. Susunan layoutnya juga agak tersusun. Kemudahan enjin carian juga turut tersedia pada interfaces laman web ini. Pemilihan warna putih sebagai background dirasakan amat sesuai. Dua bahasa utama dijadikan bahasa pengantar diantara pengunjung dan info/maklumat di dalam laman web iaitu bahasa melayu dan english. Maklumat dan info dipecahkan kepada 2 iaitu Info Mengenai dan Info Untuk. Selain itu banner utamanya yang berorientasikan flash juga turut terdapat pada interfaces laman web ini. Selain daripada itu, jika kita perhatikan dibahagian tengah laman web segala maklumat terkini dan terbaru mengenai UPM turut disediakan dan bagi memudahkan para pengunjung, maklumat- maklumat ini telah di pecahkan kepada beberapa ketegori iaitu ketegori Berita dan Peristiwa, Ketegori Kalendar Aktiviti, Kategori Pandang & Dengar dan juga Kategori Pencapaian dan Pengiktirafan. Dan apa yang menariknya, segala maklumat dan info yang dipaparkan turut disertakan sekali dengan gambar. Menarik bukan?
Kelebihan lain yang boleh kita lihat pada laman web ini juga denga adanya perkhidmatan enjin carian yang dapat mempercepatkan pencarian maklumat oleh pengunjung. Disini khidmat bantuan juga boleh didapati. Klik pada banner kecil pad sebelah kiri yang ada gambar seorang wanita itu, kemudian kemukakan maklumbalas dan pertnayaan. Kelebihan yang lain yang terdapat juga pada laman web ini penyediaan capaian pantas untuk para pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih pantas. Bawahnya pula peyedian link- link yang lain juga disediakan seperti link myGoverment dan Wireless Hotspot. Bawah sekali terdapat juga alamat berserta nombor telefon untuk tujuan kominikasi.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Laman web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini kelihatan agak simple. Bnanner utamnya juga terlalu biasa dan kurang cantik. Seperti pembuatan banner yang kurang sempurna. Ia juga bagaikan tidak sesuai di letakkan bersama logo disebelah. Tidak padan kalau hendak dimudahkan cerita. Setiap link di letakkan di bawah ketegori masing dimana link utama bagi setiap ketegori di buat dengan menggunakan box link. Link utama ialah seperti About the University, Admissions & Financial Assistance, Research & Publications, Staf & Students,Visitors & Employment. dibawah link utama,laman web ini mempunyai link yang dibahagikan mengikut kategori.
Penyediaan link- link secara tidak langsung dapat ini memudahkan pelajar,staf dan pengujung yang lain mendapatkan info. Kelebihan lain yang juga ialah dengan terdapat kemudahan seperti search engines yang memudahkan pengujungmendapatkan maklumat dari laman web UIA . Penggunaan search engine ini juga dapat mencari maklumat- maklumat dari laman web- laman web yang lain juga. Dibahagian tengah sebelah kiriterdapat pelbagai senarai maklumat dan aktiviti terbaru yang dilaksanakan oleh UIA. Manakala disebelah kanannya pula terdapat quick link di mana ia dapat memudahkan lagi pengguna memdapatkan maklumat yang terperinci mengenai universiti ini.
Dibahagian bawah,terdapat icon yang menarik dan berbeza
mengikut kategori masing- masing. Dibahagian paling bawah terdapat maklumat mengenai UIA seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail. Tarikh akhir laman web ini dikemaskini juga dipaparkan sebagai bukti bahawa laman web ini sentiasa di kemaskini. Saya juga mendapati setiap bahan yang dipaparkan dalam laman web ini telah diatur dn disusun mengikut kategori dan tidak bercampur aduk. Penggunaan dwibahasa yangterdapat dalam laman web ini dimana 2 bahasa pilihan iaitu bahasa arab dan bahasa English. Para pengunjung boleh untuk memilih bahasa yang diiginkan dan dengan ini dapat memahami maklumat yang dipaparkan di interfaces laman web.
Kelemahan yang dikesan pada interfaces Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ialah di sebabkan layoutnya yang simple dan kurang menarik. Susunan layout yang kurang
menarik juga menyebabkan laman web ini seperti Warna digunakan nampak pucat dan tidak bermaya. Ini membuatkan laman web ini nampak kurang berseri. Pada peribadi
pandangan saya, warna perlu yang dapat diserasikan dengan logonya mungkin ataupun boleh memilih warna yang mungkin lebih ceria.

Universiti Utara Malaysia



Secara jujurnya saya katakan. faktor utama yang menarik minat saya untuk melayari dan masuk ke dalam laman web ini kerana keadaan interfaces nya agak ringkas dan tidak serabut. Susunan layoutnya juga kemas. Ditambahkan lagi dengan kemudahan yang lain yang disedia, semestinya ini menjadi sebuah laman web yang ringkas tetapi menarik. Penggunaan warna sebagai warna asas background disamping penggunaan font yang konsisten juga mempengaruhi interface laman web ini menjadi menarik. Pengaplikasian flash juga terdapat pada bahagian atas laman web (banner). Memang menarik dan agak menyerlah pada interfaces laman web ini. Turut juga tersedia pada interfaces laman web ini ialah enjin carian google yang berfungsi dan berperanan untuk membantu para pengunjung mendapatkan maklumat. Link disini juga diletakkan di bawah ketegori yang spesifik dan tertumpu. Segala info maklumat terkini mengenai UUM diletakkan mengikut ketegori-ketegorinya seperti News, Events dan Announcement. Saya juga mendapati bahawa segala info, berita serta maklumat yang disediakan disini sentiasa dikemakini dari semasa ke semasa. Jadi ini bermaksud segala berita mahupun peristiwa yang berlaku adalah terkini dan bukannya berita lapuk dan tidak boleh dipakai lagi. Selain itu link pautan ke bahagian lain turut disediakan untuk memudahkan kerja para pengunjung. Boleh dilihat pada sebelah kanan di interfaces laman web ini. Banner lain juga boleh kita dapati pada bahagian bawah sekali pada interface ini dimana di atas banner ini terdapat link lain seperti e-publishing dan e-com. selain itu talian hotline juga terdapat di atas banner ini. Bila bercerita @ memperkatakan kelemahan mahupun kekurangan yang terdapat pada laman web ini apa yang saya rasakan paling ketara ialah tidak terdapat penyediaan dwibahasa pengantara (bahasa melayu) pada laman web ini. Menjadi masalah pada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat tetapi kurang arif dalam bahasa inggeris terutama orang kebanyakan. Selain itu ketidak seimbangan maklumat juga jelas kelihatan disini. Pada bahagian kanan, tengah dan kiri saya lihat pembahagian maklumat tidk seimbang. Tengah seperti penuh dengan maklumat manakala kelihatan agak kosong. Kekurangan lain yang dikenalpasti pada interfaces laman web UUM ialah dengan tidak terdapatnya alamat universiti mahupun alamat email bagi tujuan komunikasi.M aklumat tentang paparan terbaik sama ada mengguna Internet Explorer @ Mozilla Firefox juga tidak diberitahu kepada pengunjung web.

Universiti Pendidikan Sultan Idris



Interfaces laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris saya rasakan merupakan antara interfaces yang paling cantik yang pernah saya komen berbanding interfaces universiti- universiti yang pernah saya komen sebelum. Lihat sahaja backgrounds laman web ini nampak happening dan dikala banyak universiti lain mengambil jalan selamat dengan memilih warna putih sebagai warna background nya, Universiti ini telah mengambil risiko dengan memilih backgrounds yang boleh dikatakan agak complicated juga. Ternyata pilihan ini amat tepat dan lihatlah hasilnya yang mengagumkan.Antara kelebihan yang terdapat pada interfaces laman web ini ialah susunan & pembahagian layout yang agak kemas dan agak padat tetapi pada masa yang sama ia simple. Link juga diketegori mengikut ketegori-ketegori yang spesifik. Banner yang terdapat pada interfaces ini walaupun biasa tetapi nampak menarik.
Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan pada laman web ini ialah kemudahan enjin carian. Semua maklumat yang disediakan didalamnya boleh dicari dengan pantas dengan menggunakan menggunakan perkhidmatan ini. Banner- banner berlink yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan universiti turut disediakan. Selain daripada tu, alamat universiti berserta nombor telefon turut disediakan bagi memudahkan komunikasi jika terdapat apa- apa masalah. Penerangan untuk mendapat paparan terbaik bagi pengguna yang ingin melayari laman web ini juga disediakan dimana pengguna diminta untuk mengguna Mozilla Firefox and 1024x768 resolution. Walaupun begitu, laman web ini juga terdapat beberapa kekurangan yang saya rasakan harus diambil berat oleh pihak universiti. Ketiadaan perkhidmatan dwibahasa sebagai perantara sememang mengundang masalah kepada pengunjung. Selain itu,bersama-sama alamat tidak pula disediakan email. Bukankah penghantaran email lagi muda jika hendak dibandingkan dengan penghantaran surat secara tradisional (menggunakan setem).
Penggunaan elemen warna yang yang banyak juga kadan- kadang boleh boleh menyebabkan interfaces sesuah laman web kelihatan agak "over". Ambil contoh wnita yang bermekap berlebih- lebihan, tidakkah mereka kelihatan sedikit "over"?

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Jika dilihat pada laman web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia kelihatan simple.Tetapi rekabentuk banner laman web ini kelihatan agak menarik kerana iadiaplikasikan dengan teknik anamasi flash dan mampu menarik perhatian pengunjung.Pada bahagian atas sebelah kiri,terdapat link yang bertujuan untuk membantu pengunjung yang memohon untuk kemasukan UPNM mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki.Dibawah link ini,terdapat kemudahan seperti search engines untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki.Untuk memudahkan lagi pengujung mendapatkan informasi,laman web ini juga menyediakan link yang lebih spesifik di sebelah kiri.Selain itu,susunan bahan dan kandungan dibahagikan mengikut tajuk supaya tidak kelihatan bercampur aduk.Maklumat yang terdapat dalam laman web ini juga sentiasa dikemaskini untuk kemudahan pengunjung dan ini akan lebih menarik minat pengunjung untuk sentiasa berkunjung ke laman web ini.Di bahagian kanan laman web ini tardapat icon-icon yang boleh diklik.Disamping itu,susunan layout juga agak menarik Dibahagian paling bawah terdapat maklumat mengenai UPNM seperti alamat dan nombor telefon.Ini lebih memudahkan pengunjung berhubung terus dengan pihak universiti. Kekurangan saya saya dapat kenalpasti ialah tidak terdapatnya kemudahan dwibahasa sebagai bahasa pengantara. Ini akan menyusahkan para pengunjung yang mengunjung laman web ini.

Universiti Teknologi Malaysia



Interface yang menarik. Tetapi apa yang aya perhatikan rekabentuk dan penyesuaian warna kelihatan tidak bercirikan kepada warna logo UTM. Selain itu, turut saya perhatikan bahawa pembuatan banner laman web ini juga kelihatan agak kurang menyerlah da kurang menarik. Terdapat link utama disediakan untuk kemudahan pengunjung di sebelah kiri. Pada laman web ini juga turut menyediakan perkhidmatan enjin carian untuk memberi kemudahan kepada pengguna mencari maklumat.Pada sebelah kiri tengah,terdapat link untuk capaian terus kepada berita dan maklumat mengenai UTM,tetapi fontnya agak kecil.Untuk menarik perhatian pengunjung,gambar terbaru berkaitan UTM diletakkan di sebelah kanan.Di bawah kolum berita UTM,terdapat icon yang boleh diklik oleh pengguna.Dibahagian paling bawah terdapat maklumat mengenai UTM seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail.Kandungan dalam laman web ini disusun dengan kemas dan tidak bercampur aduk.Layoutnya dan interface agak simple tetapi masih mudah untuk difahami oleh oleh pengguna. Kesimpulan yang saya dapat saya simpulkan mengenai laman web ini ialah intefaces nya agak menarik dan boleh mengundang pengunjung memasuki ke dalamnya. Tetapi sebelum itu ada lagi elemen- elemen di dalamnya perlu dibaiki lagi

Universiti Malaysia Perlis



Interface laman web Universiti Malaysia Perlis juga kelihatan menarik. Rekabentuk danwarna juga kelihatan lebih bercirikan kepada warna logo. Susunan layout juga agak teratur dan menarik. Warna Backround diambil dengan kombinasi 80% warna putih 20% warna ialah warana yang gelap. Ternyata kombinasi kedua elemen warna ini menjadi dalam mewujudkan warna backgrounds yang menarik. Apa yang menarik mengenai laman web ini ialah,terdapat link yang utama pada bahagian banner untuk membantu pengguna memahami dan mengakses maklumat maklumat yang dikehendaki.Ia juga memberikemudahan kepada pengunjung laman web ini untuk terus klik pada link yang dikehendaki tanpa perlu
skrol ke bawah. Mudah bukan?

Laman web UniMAP juga lebih mesra pengguna. Ia menyediakan kemudahan kepelbagaian
bahasa seperti bahasa Melayu,Inggeris,Cina ,Arab dan bahasa Thai.Pengguna cuma perlu klik pada link yang disediakan pada bahagian atas untuk memilih bahasa yang dikehendaki. Disamping itu,laman webini menyediakan enjin carian untuk memberi kemudahan kepada pengguna mencari maklumat.Pada bahagian kiri,terdapat arkib berita yang memaparkan berita dan pengumuman terbaru mengenai UniMAP dan segala berita sentiasa dikemaskini. Pada bahagian tengah sebelah kiri juga terdapat icon-icon yang berbeza mengikut link.
Ia ini mampu menarik pengunjung untuk klik pada icon tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih menarik.

Di bawahnya pula terdapat link untuk memuaturun borang.Dibawah link muaturun borang
terdapat info waktu solat.Ia memudahkan pengujung untuk mengetahui waktu solat pada hari tersebut. Manakala bahagian bawah sebelah kiri pula terdapat link untuk pengguna memberi maklumbalas. Bahagian paling bawah sebelah kiri terdapat penerangan kepada pengguna,supaya mengunakan Interner Explorer untuk mendapatkan paparan terbaik. Pada bahagian tengah juga terdapat link yang dibahagikan kepada enam kategori utama dan kandungannya disusun dengan baik.Pada sebelah kanan,terdapat icon yang mewakili link untuk kumpulan jurnal.Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai UniMEP seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail. Kelemahan laman web ini yang paling jelas ialah ialah terlalu banyak link yang diletakkan pada interfaces.

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia



Tiada apa boleh dikatakan apabila kali pertama melayari laman web ini. Kemas dan teratur. Bagi saya ia merupakan laman web yang selasa dilayari kerana susunan layoutnya yang teratur dan kemas. Tulisan juga walaupun nampak seakan- akan kecil tapi masih ok untuk dibacalagi. Memilih warna putih sebagai warna background dan ini merupakan pilihan amat tepat. Elemen- elemen yang terdapat di dalamnya seperti banner, button, dan font dilihat amat serasi dengan warna background. Selain daripada layout yang menarik, banner pada bahagian atas yang turut mengaplikasi animasi flash didalam pembinaannya. Memang menarik dan menggambarkan pembikinan yang amat profesional. Perkhidmatan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan english sebagai perantara turut disediakan disini. Ia boleh di dapati pada bahagian atas sekali disebelah kanan. pada bahagian yang sama juga turut tersedia site map dan juga contact us. Di interface laman web ini juga terdapat link utama di atas banner utamanya dimana ia dibahagikan kepada beberapa ketegori utama seperti Home, Corporate Info, Admission, Academic, Administration, Student Affairs dan Research. Semua maklumat berkaitan Universiti ini terdapat di bawah ketegori besar ini. Di sebelah kiri laman web ini terdapat link- link kemudahan dan maklumat berkaitan dengan Universiti yang disediakan dalam bentuk ikon. Kelebihan lain yang terdapat dalam laman web ini adalah turut terdapat enjin carian untuk mencari maklumat yang terdapat dalam laman web ini. Dibawahnya pula terdapat link- link yang diletakkan pada 2 ketegori iaitu Visitors Info dan Directory dan Calender. Di bawah kategori Visitors Info, terdapat link yang memudahkan pengunjung mengetahui tentang kedudukan campus, fasiliti yang disediakan dan lain - lain yang secara langsung memudahkan kerja mereka. manakala dibawah ketegori Directory and Calendar pula tersenarai tarikh- tarikh penting bagi sesuatu program yang akan dilaksanakan. Pada bahagian bawah sekali disebelah tertulis juga bahawa laman web ini merupakan hakcipta terpelihara. Jika berniat ingin menciplak, baik lupakan sahaja niat itu. Segala info serta berita dan aktiviti anjuran Universiti ini boleh juga didapati pada interfaces muka depan laman web ini. Ini boleh didapati pada bahagian tengah interfaces laman web ini. Segala info, berita mahupun maklumat pelajar boleh didapati dengan lengkap pada bahagian ini. Dan boleh diberi jamonan bahagian segala maklumat adalah lengkap dan terkini. Pada bahagian kanan sekali i interfaces ini tersedia juga banner- banner yang kecil yang juga melibatkan universiti secara langsung mahupun tidak langsung. Walaupun kecil tetapi menarik!! Di bawahnya pula tesenarai eveny yang terbaru yang dilakukkan oleh pihak universiti. Turut disenaraikan tarikh bila akan berlangsungnya event- event ini. Jadi apa yang tidak cukup lagi.. Cuba anda katakan?

Ahad, 12 Oktober 2008

P.Ramlee : Illusi, Mimpi Atau Realiti?


Seorang insan seni yang aku rasakan cukup ajaib dan mengagumkan... Kehebatannya yang setanding Hokage ke-4 membuatkan pencapaiannya melangkaui zaman.. mungkin x perlu aku aku nak bagitau korang siapa beliau kerana mungkin korang pun dah tahu.. Sekadar nak menunjukkan betapa admire nye aku kat beliau, jadi dengan segala sukacitanya aku mempersembahkan kat korang untuk ditatap, dibaca dan dikenang.... " BIOGRAFI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE".....

Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, dan beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Bapanya, Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho' Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. Teuku Zakaria mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke sekolah Francis Light hingga darjah lima. Seterusnya Teuku Zakaria meneruskan pelajarannya ke Penang Free School. Dari kecil lagi Teuku Zakaria lebih cenderung kearah nyanyian dan lakonan; dengan demikian mengabaikan pelajarannya.
Semasa Pendudukan Jepun, Teuku Zakaria pernah bertugas sebagai budak pejabat (peon) di sebuah kilang timah, dan kemudian memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sini Teuku Zakaria berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun selain berdamping rapat dengan anggota tentera laut Jepun. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Teuku Zakaria meneruskan pelajaran di Penang Free School hingga ke darjah tujuh sahaja.
Minat Teuku Zakaria dalam bidang seni suara dan seni muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam 'Sinaran Bintang Sore' dan 'Teruna Sekampung' di samping mempelajari muzik dengan Encik Kamaruddin, seorang guru muzik yang terkenal. Dalam 1945 Teuku Zakaria mencuba bakatnya dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Malaya. Teuku Zakaria berjaya menggondol tempat ketiga dalam pertandingan Radio Pulau Pinang itu.
Pada tahun berikut Teuku Zakaria sekali lagi menyertai pertandingan Radio Pulau Pinang dan kedudukannya meningkat lagi - nombor dua; dan dalam 1947 Teuku Zakaria telah menyandang kejohanan peraduan tersebut. Pada masa menjadi calon peraduan menyanyi di Pulau Pinang itulah Teuku Zakaria menggunakan huruf 'P' (huruf potongan nama bapanya) di awal namanya. Nama inilah sehingga kini yang menjadi satu lagenda dalam dunia hiburan di alam Melayu.
Pada akhir Mei dan awal Jun 1948 satu Pesta Pertanian Ria telah berlangsung di Bukit Mertajam, dan pada 1 Jun P. Ramlee telah diundang untuk memeriahkan pesta tersebut dan beliau telah mengalunkan sebuah lagu ciptaan sendiri berjudul 'Azizah'. Kebetulan B.S. Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura sedang mencari-cari bakat baru lalu setelah mendengar persembahan P. Ramlee itu beliau pun ditawarkan menjadi penyanyi latar di dalam filem-filem arahannya.
Pada 8 Ogos 1948, P. Ramlee pun berlepas dengan keretapi ke Singapura di mana Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas menjadi tapak semaian bakatnya dalam bidang seni lakon dan seni suara berkembang.
Filem lakonan P. Ramlee yang pertama ialah Cinta (1948) dalam mana beliau diberi peranan sebagai penjahat. Oleh kerana minatnya dalam seni filem, P. Ramlee sanggup membuat apa saja kerja termasuk menjadi 'clapper boy', pembantu jurukamera, menjaga 'continuity' selain menyanyi sebagai penyanyi latar. P. Ramlee juga sanggup melakonkan berbagai watak termasuk berlawak jenaka dengan D. Harris dalam filem-filem Nur Asmara dan Nasib dan menjadi penjahat dalam filem filem Nilam dan Racun Dunia. P. Ramlee mula-mula memegang peranan wira (hero) dalam filem Bakti di samping Kasma Booty. P. Ramlee adalah bintang filem pertama yang boleh menyanyi tanpa menggunakan penyanyi latar. Semasa pembikinan filem Bakti inilah P. Ramlee mendirikan rumahtangga dengan Junaidah anak pelawak D. Harris.
Dengan selesainya filem 'Takdir Illahi' maka berakhirlah kontrek P. Ramlee dengan studio Malay Film Productions (MFP) tetapi disambung semula apabila P. Ramlee sanggup berlakon dalam filem Penghidupan. Sejak itu P. Ramlee pun banyak memegang peranan utama, dan di antara filem-filemnya sebelum 1955 adalah: Sejoli, Juita, Antara Senyum dan Tangis, Patah Hati, Anjuran Nasib, Putus Harapan, Miskin, Sedarah, Ibu, Hujan Panas, Siapa Salah, Perjodohan, Panggilan Pulau, 'Merana' dan 'Abu Hassan Pencuri'. Dengan filem 'Abu Hassan Pencuri' itu kontreknya dengan Studio Jalan Ampas berakhir buat kali yang kedua. Dalam filem-filem tersebut P. Ramlee telah diserahkan berbagai peranan, dan P. Ramlee berjaya memperlihatkan kecekapan menghidupkan sebarang watak lakonan yang diserahkan kepada beliau oleh pengarah-pengarah seperti B.N. Rao, K.M. Basker, L.Krishnan, S. Ramanathan dan B.S. Rajhans.
Sebagai seorang yang dahagakan pengetahuan dan kejayaan, P. Ramlee terpengaruh dengan karya pengarah-pengarah asing seperti Akira Kurosawa dari Jepun dan Satyajit Ray dari India. Filem Hang Tuah (1955) arahan Phani Majumdar, adalah filem terakhir P. Ramlee berlakon sebelum P. Ramlee menjadi pengarah dan filem ini juga berjaya meletakkan P. Ramlee sebagai Penggubah Lagu Terbaik di seluruh Asia dalam Asian Film Festival di Hong Kong pada bulan Jun 1956.
Dalam tahun pembikinan filem itu iaitu pada 6 Februari 1955 P. Ramlee telah berkahwin dengan Norizan bekas isteri Sultan Perak pada masa itu. Tahun 1955 adalah juga tahun bersejarah buat P. Ramlee dan peningkatan mutu filem-filem Melayu kerana dalam tahun itu juga P. Ramlee telah mengarah filemnya yang pertama iaitu Penarik Beca. Filem ini telah terpilih sebagai filem terbaik seluruh Tanah Melayu pada tahun 1956 semasa majalah Utusan Filem dan Sport mengadakan pemilihan seniman, seniwati dan filem terbaik bagi tahun tersebut. Majalah ini juga memilih 'Inang Baru' sebagai lagu terbaik bagi tahun 1955.
Dalam 1956, P. Ramlee telah mengarahkan filemnya yang kedua, Semerah Padi yang bukan saja banyak 'trick-short' teknik penggambaran dan drama tetapi penuh dengan unsur-unsur budaya dan agama yang menyebabkan filem ini dianggap sebuah filem yang besar oleh beberapa orang pakar filem. Berbagai pembaharuan telah dilakukan dalam filem ini dari segi teknik, arahan dan seni lakon. Selain itu para bintang juga terdiri daripada barisan pelakon yang terhandal pada masa itu: Nordin Ahmad, Saadiah, A. Rahim, Daeng Idris, Normadiah dan banyak lagi.
Pada tahun 1957 P. Ramlee mengarah filem-filem Panca Delima dan Bujang Lapuk. Dalam tahun ini juga P. Ramlee dianugerah award Pelakon Lelaki Terbalk di Pesta Filem Asia, Tokyo kerana peranannya yang bermutu sebagai bapa dan anak di dalam filem Anakku Sazali arahan Phani Majumdar.
Dalam tahun berikutnya P. Ramlee menghasilkan Sumpah Orang Minyak yang telah memenangi Award Fotografi Hitam Putih Terbaik di Pesta Filem Asia. Lakonan P. Ramlee dalam filem Sarjan Hassan arahan Lamberto Avellana telah membawa kesan moral yang mendalam kepada askar-askar tempatan dan dengan itu P. Ramlee diberi penghormatan oleh Askar Melayu dengan gelaran 'Sargeant Titular'. Dalam 1959, filem P. Ramlee Pendekar. Bujang Lapuk telah dipilih sebagal filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur.
Dalam tahun itu juga P. Ramlee menghasilkan dua filem komedi, laitu Musang Berjanggut dan Nujumm Pak Belalang, dalam mana P. Ramlee memaparkan kelemahan masyarakat. Filem Nujum Pak Belalang telah memenangi award Filem Komedi Terbaik bagi tahun 1960. Filem Antara Dua Darjat (1960) dianggap satu filem kritikan sosial yang bernilai. Ali Baba Bujang Lapuk dan Seniman Bujang Lapuk adalah dua buah filem komedi yang terdapat padanya beberapa sindiran tajam. Dalam 1961 P. Ramlee telah berpisah dengan Norizan dan mengahwini Salmah Ismail, penyanyi yang terkenal dengan nama Saloma. Biduanita inilah satu-satunya teman hidup yang cocok baginya.
Tahun 1962 merupakan tahun bersejarah bagi P. Ramlee sebagai pengarah, pelakon, pencipta lagu dan penyanyi kerana beliau telah dikurniakan bintang 'Ahli Mangku Negara' (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga. Dalam tahun itu juga P. Ramlee menghasilkan Labu Labi diikuti dengan Nasib Si Labu Labi pada tahun berikutnya. Kemuncak karya cemerlang P. Ramlee tentulah semasa beliau memenangi award khas 'The Most Versatile Talent' di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo bagi filem Ibu Mertuaku. Dalam 1964 P. Ramlee menghasilkan dua lagi filem komedi, 'Tiga Abdul' dan 'Madu Tiga'. Sekali lagi anugerah filem Komedi Terbaik dimenangi oleh P. Ramlee dengan filem 'Madu Tiga'.
Dalam 1964 P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka di Ulu Kelang. Dalam masa sembilan tahun di Studio itu beliau berjaya mengeluarkan sebanyak 18 buah filem. Ada di antaranya yang mendapat sambutan dan ada yang tidak. Di antara filem-filem yang dihasilkan di antara 1964 dan 1972 ialah: Si Tora, Ragam P. Ramlee, Masam-masam Manis, Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Sesudah Subuh, Keluarga 69, Anak Bapak, Gerimis, Enam Jahanam, Ahmad Albab, Kancan Tirana, Doktor Rushdi, Gelora, Putus Sudah Kasih Sayang, Jangan Tinggal Daku, dan filemnya yang terakhir Laksamana Do Re Mi.
Selari dengan karyanya sebagai pelakon dan pengarah filem P. Ramlee mencipta dan menyanyikan lagu-lagunya untuk filem-filem yang dihasilkannya iaitu sebanyak 60 buah kesemuanya. Dalam proses penciptaan lagu, P. Ramlee banyak bergantung kepada rakan-rakannya untuk lirik lagu. Di antara yang paling banyak membantunya ialah S. Sudarmaji dan Jamil Sulong termasuk H.M. Rohaizad, Ainol Jamal dan lain-lain. P. Ramlee belajar penyusunan muzik daripada Osman Ahmad dan Yusof B. Tidak diketahui dengan tepat berapakah jumlah lagu ciptaan P. Ramlee ; tetapi yang nyata dikenali ramai adalah kira-kira 250 buah lagu.
P. Ramlee, kepada rakan-rakan sejawat dan seperjuangan adalah pemimpin dari beberapa hal: P. Ramlee giat dalam persatuan seperti PERSAMA (Persatuan Artis-artis Malaya), kumpulan muzik PANCA SITARA, pasukan badminton dan sepak takraw (SEKAWAN BINTANG dan SANGGA BUANA) dan agama. P. Ramlee juga merupakan pembela kaum seniman di Jalan Ampas dalam mendapatkan taraf dan ganjaran yang lebih wajar.
P. Ramlee juga cuba menduga nasib dalam bidang perniagaan. P. Ramlee dan beberapa orang rakan pernah menerbitkan majalah hiburan seperti Bintang dan kemudiannya majalah Gelanggang Filem atas nama Penerbitan P. Ramlee. P. Ramlee juga pernah menubuhkan dengan rakan-rakannya syarikat-syarikat filem seperti PERFIMA (Perusahaan Filem Malaysia) dan SAZARA Filem Company tetapi kesemua usaha perniagaannya (termasuk kedai mahjong) akhirnya menemui kerugian dan terus gagal.
Walaupun TV sudah ada sejak 1964 namun P. Ramlee hanya berlakon dalam dua drama TV iaitu dalam Rantau Selamat dan Intan, kedua-duanya karya Abdullah Hussain. P. Ramlee jarang-jarang sekali dibawa berpolemik, baik di Radio, TV atau di forum akademik. Forum paling penting yang dihadirinya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru dalam tahun 1956, dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam tahun 1971. Kertas kerjanya (hanya dua halaman) berjudul 'Cara-cara Meninggikan Mutu dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli dan Tradisional Malaysia Demi Kepentingan Negara'. P. Ramlee, anehnya, tidak pernah mengunjungi dunia luar selain Indonesia, Hong Kong, Manila dan Tokyo walaupun peluang diberi oleh Shaw Brothers sejak kejayaan filem Penarik Beca dulu.

Kini P. Ramlee sudah tiada. Dia melangkah ke ambang perfileman dengan Cinta dan dengan cintanya kepada genre senilakon itulah maka dia mencapai pangkat tertinggi sebagai pejuang seninya - sebagai seorang Laksamana - disimbolkan dengan filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi. Begitu juga dengan cintanya kepada senilagu yang disimbolkan dengan lagu Azizah sehingga berakhir irama dan lagu dengan Air Mata di Kuala Lumpur di mana beliau kini dikuburkan.

Rabu, 8 Oktober 2008

Universiti Malaysia Kelantan



Laman web Universiti Malaysia Kelantan memiliki interfaces yang nampak ceria kerana kebanyakkan elemen warna yang yang digunakan di dalam interface ini adalah warna yang terang dan menyerlah. Dipadankan pula dengan warna background putih, semestinya ia akan menaikkan lagi keceriaan interfaces ini. Saya mulakan komen saya dengan ingin memperkatakan tentang banner khas Universiti Malaysia Kelantan yang terdapat diatas sekali pada interfaces ini. Pembuatan agak menarik dan agak kemas tetapi yang agak malang ia dilihat seperti tidak padan dengan background. Apa yang saya cuba katakan disini ialah bannernya kelihatan bagaikan ditampal pada backgrounds. Memang tidak salah, tetapi seharus jika sekalipun banner ialah kompenan yang berasingan dengan background tetapi jika dicantumkan, ia seharusnya nampak seperti banner itu merupakan kompenen asal background. Dan itu yang dikatakan kerja yang professional. Begitu juga dengan banner di bawahnya juga.

Berkaitan dengan dapatan maklumat tentang universiti yang terdapat di bahagian bawah banner utama UMK, ia boleh dikatakan semuanya ada. Semua maklumat yang memerangkan tentang perkara berkaitan UMK di letakkan di bawah link utama seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari, Perpustakaan, Jabatan ICT, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan link Jabatan Hal Ehwal Akademik. Disebelah kiri laman web ini di bahagian atas turut menawarkan link berkaitan UMK yang lebih terperinci. Seperti Laman Utama, Sekapur Srih, Misi, Objektif, Program Yang Ditawarkan, Pengurusan Tertinggi UMK serta Peta Lokasi UMK. Dibawahnya pula turut tersedia hubungi kami dimana ia turut tersedia alamat serta nombor telefon dan faks. Jadi ini akan memudahkan pengunjung menghunungi pihak universiti jika terdapat apa- apa masalah atau kesulitan yang dialami. Info berkaitan UMK juga dsampaikan dengan menarik didalam kotak infoUMK yang isampaikan menggunakan elemen multimedia. Jumlah pengunjung yang melayari laman web ini juga boleh diketahui kerana terdapat pengira pengunjung secara elektonik? Pada bahagian tengah pula terdapat link yang juga berkaitan dengan universiti juga disediakan dan turut tersedia gambar disebelah link- link ini. Untuk memasuki portal UMK turut boleh di log in di sini. Pada bahagian bawah pula terdapat link berita yang terkini dan semestinya ia sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa. Disebelah kanannya sekali diletakkan banner yang lain juga melibatkan UMK juga.

Kelemahan yang paling ketara pada laman web ini adalah susunan layoutnya yang kurang menarik dan tidak tersusun. Interfacesnya juga didapati agak kosong. Disamping itu, pada ruangan hubungi kami juga tidak terdapat alamat email. Ini menyukarkan pada sesiapa yang suka mengguna email berbanding mengeposkan surat. Selain itu, perkhidmatan dwibahasa juga tidak disediakan pada laman web ini.

Universiti Malaysia Pahang



Interfaces laman web Universiti Malaysia Pahang boleh dikatakan salah sebuah laman web institusi pengajian awam yang agak menarik terutamanya pada susunan layoutnya. Interfaces laman web ini juga agak simple. Dan walaupun ia berada di dalam ketegori simple, ia tidak dibuat ala kadar seperti sesetengah laman web kerana jika diteliti didalamnya, terdapat semua ciri- ciri a elemen- elemen asas yang sepatutnya ada pada sebuah laman web yang baik. Jelas di sini, laman web ini amat sesuai untuk pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan dijamin tidak akan mengundang rasa bosan mahupun tertekan.
Saya mulai penjelasan saya berkaitan kelebihan yang terdapat pada interfaces laman web Universiti Malaysia Pahang dengan banner yang tedapat di interfaces laman web ini sendiri. Tidak dapat disangkal lagi bahawa banner yang terdapat pada interfaces ini merupakan tarikan utama disini. Secara jujurnya, apabila saya mamasuki laman web ini, pandangan mata saya terus tertumpu ke arah bannernya. Pembuatan banner yang amat professional ditambah dengan pemilihan gambar banner yang sangat menarik dan sesuai dengan identiti UMP sebagai tempat pengajian bagi bidang- bidang kejuruteraan dan teknologi. Saiz banner juga tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Dengan erti kata yang lebih tepat, banner amat bersesuaian dan "masuk" dengan interfaces tu sendiri. Pada bahagian kiri disebelah atas laman web ini turut menyediakan kemudahan search engines dan direktori staf untuk memudahkan pengguna/pelawat mencari maklumat yang dikehendaki. Seperti mana yang kita sedia maklum dengan adanya bantuan search enjin, penggunaan masa untuk mencari maklumat akan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cepat. Cuba perhatikan di bahagian atas sekali pada sebelah kanan interface laman web UMP ini dimana pengguna boleh memilih bahasa melayu atau english (dwibahasa) sebagai pengantara diantara pengguna dan laman web ini. Penggunaan dwibahasa yang terdapat dalam laman web ini boleh memberi pilihan kepada pengujung untuk memilih bahasa yang diiginkan dan dengan itu mereka dapat memahami maklumat yang terdapat didalamnya. Selain daripada itu, untuk memberi lebih kemudahan kepada pengunjung terutamanya dalam mendapatkan maklumat dan informasi, ia juga turut menyediakan link- link yang lebih tertumpu dan yang telah dikumpulkan mengikut ketegori masing- masing disebelah kiri dan kanan pada interface ini. Di sebelah kiri disediakan link untuk bahagian pengenalan,akademik,navigasi dan pengumuman manakala di sebelah kiri untuk ketegori aksess komuniti. Penggunaan icon juga boleh dilihat pada interface ini dimana pada bahagian atas dia bawah direktori staf sebelah kanan terdapat 2 icon yang mewakili ecomm staf dan ecomm pelajar. Ia turut dapat mambantu pengguna memahami dan membezakan icon ecomm staf dan eomm pelajar. Apa yang saya perhatikan juga, segala maklumat yang terdapat dalam laman web ini juga sentiasa dikemaskini oleh Administrator untuk memastikan semua maklumat yang disalurkan adalah maklumat- maklumat terkini dan tidak ketinggalan zaman. Dengan itu, pengunjung akan lebih gemar berkunjung ke laman web ini. Susunan bahan dan kandungan turut dibahagikan mengikut tajuk supaya tidak kelihatan bercampur aduk dan bercelaru. Disamping itu, susunan layout juga agak kemas dan menarik. penggunaan warna biru pada setiap ketegori tajuk dan disempurnakan lagi dengan penggunaan warna putih sebagai warna background. Pemilihan warna putih sebagai backgrounds amat sesuai kerana warna putih dikenali sebagai warna universal dan penggunaannya tidak menyakitkan mata. Penggunakan animasi flash juga turut diaplikasikan pada laman web ini. Di bawah paling bawah laman web ini turut tersedia maklumat mengenai UMP seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail. Dengan adanya maklumat- maklumat ini, pengunjung boleh berhubung terus dengan pihak universiti jika ada apa- apa masalah mahupun urusan. Dibawah maklumat universiti pula terdapat penerangan kepada pengguna bahawa untuk mendapatkan paparan yang terbaik, penggunaan Internet Explorer diperlukan.
jika hendak mendapatkan maklumat dan info tentang Universiti Malaysia Pahang, pergi sahaja ke laman web ini. Semuanya ada di sini. Saya jamin anda tidak akan mencaci mahupun mengutuk laman web ini kerana interface nya menarik dan tidak berserabut. Mahukan yang laman web yang user friendly ? Mungkin laman web ini jawapannya.

Universiti Malaysia Sarawak




Interfaces lamn web Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga boleh dikatakan boleh tahan. Simple dan selesa untuk dilayari. Pemilihan warna backgrounds yang selamat iaitu warna putih. Susunan layout juga ringkas sahaja da tidak berterabur. Bercerita tentang link- link utamanya terdapat di atasnya, nampak simple iaitu Vision & Mission, Admission, Alumni, Staff Services dan Contact Us. Bannernya menarik ditambahkan lagi dengan adanya gambar enam orang wanita yang cantik- cantik dimasukkan dalam banner. Tetapi saya rasakan cuma banner yang biasa sahaja. Pada bahagian kiri dibawah banner pada interfaces ini turut tersedia link- link berkaitan universiti tetapi secara detail dan menyeluruh contohnya seperti link welcome, About UNIMAS, Inside UNIMAS dan lain- lain lagi. Di bawahnya pula tersedia kalendar yang tercatat tarikh event- event yang belaku di UNIMAS. Jadi senanglah untuk kita mengetahui bila aktiviti akan dilakukan. Selain itu Admin Login juga tersedia pada interfaces laman web ini, tetapi tidak dapat dikenalpasti sama ada ia untuk para pelajar sahaja @ para pelajar dan staff juga. Dibawah sekali terdapat paparan jumlah pengunjung yang melayari kedalam laman web ini. Ok, kita beralih pula di bahagian tengah pada interfaces laman Universiti Malaysia Sarawak pula.. Diatas sekali jelas sekali di mulai dengan mukaddimah tentang UNIMAS ( Welcome to UNIMAS ) di mana ia menceritakan secara kasar tentang latar belakang UNIMAS. Di bawah mukaddimah kepada UNIMAS, terdapat link maklumat yang di letakkan di bawah tiga ketegori utama iaitu Announcement, Conferences 2008 dan conferences 2009. Pembahagian mengikut ketegori sebegini semestinya & dijamin 100% memudahkan para pengunjung kerana hanya dengan melihat ketegori utama ini, para pengunjung dapat mengetahui maklumat yang hendak dicari berada di mana tanpa perlu mencari satu persatu link. Pada bahagian kanan di interface ini pula, terdapat maklumat tentang RIMC's Research Gateway. Dibawahnya, terdapat juga ketegori Research Highlight di mana ia juga menyenaraikan segala aktiviti yang berkaitan penyelidikan yang dijalankan oleh UNIMAS. Boleh sayakan disebelah kanan ini, segala maklumat penyelidikan yang dijalankan di universiti ini kita boleh mengetahuinya. Kelebihan lain yang terdapat pada laman web ini adalah pihak developer turut menyenaraikan alamat serta nombor telefon universiti bagi memudahkan komunikasi diantara pengunjung dan pihak universiti.
Bila bercerita tentang kelemahan interfaces lamn web ini pula, saya rasakan ia disebabkan tiada langsung elemen flash dan multimedia yang diaplikasikan didalamnya. Font dan warna font pada link- link utama dan link- link yang spesifik juga tidak menarik dan kurang memberi impak kepada interfaces laman web ini. Perkhidmatan dwibahasa juga tidak disediakan pada laman web ini, menambahkan lagi koleksi kelemahannya Selalunya perkhidmatan ini serig dititik beratkan oleh sesetengah laman web yang baik.

Isnin, 6 Oktober 2008

Universiti Teknikal Melaka




Antara interfaces IPTA paling simple tapi masih lagi berada dalam kelompok interfaces yang menarik. Interface yang nampak ringkas tetapi disampaikan dengan susunan yang agak menarik. Ia nampak kemas, tersusun dan tidak serabut. Segala maklumat dipaparkan tanpa menggunakan scrollbars. Ini kerana info- info dan maklumat- maklumat berkaitan Universiti ini di paparan dalam bentuk animasi flash. Terdapat juga penggunaan icon didalam interface laman web dimana icon bergambar surat khabar yang mewakili senarai berita dan updates. Terdapat juga icon yang bergambar calendar yang mewakili senarai activiti universiti. Penggunaan icon- icon ini dapat menarik minat pengunjung berbanding dengan mengguna link tulisan. Elemen list Boxes digunakan pada Quick link. Alemen flash dikenalpasti pada banner utamanya. Pemilihan background kena dengan interfaces yang berciri simple ini. Pada bahagian bawah sekali turut tersedia maklumat berkaitan Universiti Teknikal Melaka seperti alamat lengkap universiti, nombor telefon beserta faks dan juga email. Dan jika terdapat masalah pastinya maklumat ini berguna untuk pengunjung terutamanya pada yang mengalami masalah.

Seperti yang kita tahu puatan ke laman web lain amat penting dalam sesebuah laman web. Dan jika itu di jadikan penentu aras kecemerlangan sesebuah interfaces laman web, pasti kecemerlangan interfaces laman web ini akan sedikit "terjejas" kerana apa yang diperhatikan, tiada link pautan ke laman web lain. Sekurang- kurangnya diletak link ini didalam interfaces walaupun hanya satu. Kerana benda- benda sperti inilah yang boleh melengahkan kerja para pengunjung. Selain itu kemudahan dwibahasa bahasa juga tidak disediakan tambah menyulitkanlagi para pengunjung yang tidak mahir pada bahasa english. Tidak juga dinyatakan juga samada untuk mendapatkan paparan terbaik, kita harus memakai internet explorer atau mozilla firefork. Perlu dinyatakan ya. Pengunjung mempunyai hak untuk mengetahuinya.

Kesimpulannya, interfaces lamn web ini mungkin tidak akan memeningkan kepala pengunjung yang mengunjunginya kerana ia memang simple. Tidak boleh saya nafikan tentang itu. Tapi terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki untuk menjadikan ia laman web ang bak dan terbilang

Universiti Sains Malaysia




Kelihatannya interfaces laman ini sangat menarik dan berjaya membuat saya tertarik untuk mengunjunginya. Saya rasa ok dari semua sudut. Susunan layoutnya menarik begitu juga dengan elemen- elemen font yang agak konsisten. Turut juga tersedia di dalam laman web ini perkhidmatan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan english. Maklumat dan link- link di sini telah diatur dibawah 1 ketegori yang spesifik berpandukan maklumat pada link itu. Jadi, ia nampak lebih kemas dan tersusun. Pebuatan Banner utama di atas sekali dirasakan amat kreatif dan memperlihat penghasilan banner yang profesional. Juga segala maklumat diletakkan dibawah tajuk besar seperti Akademik & Kemasukan, Penyelidikan, Staf & Umun, Maklumat Universiti dan Jaringan. Setiap maklumat yang berkaitan dengan tajuk besar ini diletakkan dibawahnya. Selain itu, perkhidmatan enjin carian juga disediakan bagi memudakan pencarian maklumat dengan pantas dan lebih efisyen. Selain boleh mendapatkan maklumat yang terdapat dalam laman web ini, kita juga boleh mencari maklumat di luar laman web dengan mengguna enjin carian ini. Seksyen Berita Utama yang berada pada bahagian tengah di interfaces laman web ini pula memaparkan segala berita- beritadan info terkini. Dan semestinya info serta berita berkaitan USM ini senantiasa di kemaskini dari semasa ke semasa.

Terdapat juga ruangan View and Comments yang dikelolakan oleh Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd. Razak iaiyu Naib Cancelor USM.di bawah ruangan View dan Comments pula terdapat banner kecil yang berlink yang berfugsi untuk pergi ke pautan yang lain. Kalender juga turut disediakan disini, jadi bolehlah pengunjung melihat apakah diari USM itu sendiri.Terdapat juga sedikit banner- banner berlink dibawah, jadi mudah untuk pelayar laman web ini untuk mendapatkan maklumat. Kelemahannya pula link pada footer seperti Penafian, Polisi, Capaian, Peta laman dan Hubungi agak tidak jelas. Pengunjung mungkin tidak perasan jika tidak diteliti dengan betul. Apa- apa pun ia tetap 1 daripada laman- lama web IPTA yang lain yang harus dilawati kerana kita tidak rugi apa jiaka mengunjunginya.

Jadi, ia juga amat sesuai dikunjungioleh semua lapisan. Tak ade apa- apa kerugian kalo melawat ke dalamnya. Apa tunggu lagi?

Universiti Malaysia Terengganu




Bagi pendapat saya, interfaces laman web ini cuma biasa- biasa sahaja dan lebih kurang sama dengan interfaces laman- laman web IPTA yang pernah saya komen sebelum ini. Pemilihan warna putih sebagai warna utamanya backgrounds dirasakan amat sesuai dengan font, banner, gambar serta warna font yang dipilih. Selain itu, warna kelabu juga tergolong dalam warna backgrounds. Saya rasa kombinasi warna ini (putih dan kelabu) agak sesuai juga bagi laman web yang simple seperti ini. Pengapliplikasian flash juga kita boleh lihatdi bahagian atas pada interfaces laman web ini. Memang menarik dan profesional. Bercerita tentang kelebihan yang terdapat dalam laman web ini ialah seperti tersedia khidmat dwibahasa (melayu & english) yang saya saya rasa amat penting bagi sesebuah laman web yang berunsur akademik seperti laman web IPTA. Menu utamanya juga disusun secara selari dan ia kelihatan tersusun untuk memudahkan kerja para pengunjung. Selain itu, menu berkaitan staf dan pelajar juga disediakan bagi memudahkan pelajar mahupun staf mendapatkan meng"access" kedalamnya. Selain terdapat juga ruangan Quick Link dimana semua link yang melibatkan UMT diletakkan dibawahnya. Jadilah mudahlah bagi pengunjung laman web ini terutamanya bagi mereka yang baru julung- julung kalinya masuk ke dalam laman web ini. Selain itu, segala berita dan peristiwa juga turut disertakan pada interfaces laman web ini untuk membekalkan segala info terini UMT kepada pengunjungi. Untuk segala berita terkini berkaitan UMt, ia diletakkan dibawah ketegori News. Manakala untuk peristiwa yang berlaku dan akan berlaku di UMT diletakkan dibawah ketegori Events. Sesungguhnya pemecahan kepada ketegori membuatkan maklumat yang berkaitan akan lebih terfokus. Di bawah sekali pada interfaces ini juga turut tersedia alamat UMT. Antara kelemahan yang saya lihat di interfacs laman web Universiti ini adalah tiada langsung gambar kecuali gambar beranimasikan flash di atas. Jadi ia bakal membuat keadaan menjadi bosan. Selain itu, tidak juga tersedia nombor teefon mahupun no. fax untuk tujuan komunikasi jika terdapat apa- apa masalah

Universiti Malaya




Interface laman web ini cantik dan agak menarik terutamanya dari segi susunan layoutnya. Susunan maklumat juga matang dan tidak berciri kebudak- budakkan seperti sesetengah laman web pengajian tinggi. Maklumat- maklumat dan link- linknya juga telah diketegorikan mengikut ketegori yang lebih khusus. Ketegori ini juga telah diletakkan pada ruangan ruangan yang berasingan supaya ia tidak mengelirukan pengunjung untuk mendapatkan maklumat. Ini juga secara tidak langsung juga dapat memudahkan kerja mereka. Terdapat perkhidmatan enjin cariaan juga disediakan dalam laman web ini. Kita juga dapat mencari maklumat pada sub topik di UM Website. Ia turut menyediakan dwibahasa iaitu bahasa english dan bahasa melayu sebagai bahasa perantara. Paparan berorientasikan flash juga disediakan pada interface laman web ini. Sangat mengagumkan dan secara peribadinya, ini adalah kelebihan dan boleh dianggap "aset" yang paling berharga yang terdapat pada laman web ini. Selain itu, kelebihan lain yang terdapat didalam laman web ini ialah pada ruangan Latest News & Events In UM pada bahagian kiri juga dilaksanakan secara fungsi animasi. Link- link utama berkaitan UM juga disusun secara tersusun disebelah atas. Pada bahagian tengah dibawah paparan animasi pula segala link- link telah dipecahkan kepada 3 ketegori besar. Ketegori itu ialah ketegori Information For, kategori Special Highlighhts dan juga Quick Links. Dibawah kategori Information For di sertakan maklumat tentang, pelajar, pentadbiran dan lain- lain lagi. Di bawah ketegori Special Highlights pula diserta maklumat tentang event @ perkara yang berlaku di UM. Pada kategori Quick Links pula, terdapat info yang berkaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan UM. Dibawahnya pula terdapat maklumat tentang UM iaitu seperti alamat surat menyurat, alamat email dan juga nombor telefon untuk memudahkan komunikasi antara pengunjung dapihak universiti. Pemilihan warna putih sebagai backgrounds dianggap sesuai sekali. Warna fonts yang konsisten juga menampakkan kematangan pada interfaces laman web ini. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi jadi secara keseluruhannya saya boleh katakan bahawa interfaces laman web ini sangat menarik dan ia memang mempesonakan setaraf status Universiti Malaya sebagai antara universiti yang terbaik di Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia




Perhatikan Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia ini dengan teliti. Adakah interface laman web ini terbaik? Jawapannya sudah tentulah tidak. Mungkin bagi saya, interface UKM ini boleh tergolong dalam ketegori baik tetapi bukan yang terbaik. Walaupun interface nampak simple dan boleh tahan menariknya, tapi terpaksa diakui sama ada rela atau tidak bahawa ia masih tidak mampu lagi menggapai label interfaces yang terbaik. Ini kerana terdapat banyak lagi laman web terutamanya laman web IPTA mahupun IPTS lain mengatasinya.
Apa yang paling mencuri tumpuan saya pada laman web ini adalah pemilihan warna backgrounds yang bagi saya amat menarik dan bijak. Pemilihan warna biru laut yang lembut secara tidak langsung menaikkan seri interfaces laman web ini. Logo UKM juga dilihat sangat matching/serasi dengan warna background juga. Penyatuan yang amat serasi di antara logo UKm dengan warna backgrunds Disamping di backgrunds juga terdapat gambar bunga raya yang menjadi identiti kepada Uiversiti Kebangsaan Malaysia ini. Pada sebelah kiri terdapat link yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Laman web ini turut menyediakan enjin carian google untuk memberi kemudahan kepada pengguna mencari maklumat sepantas yang mungkin. Laman web UKM juga bercirikan user friendly. Ia menyediakan kemudahan dwibahasa sebaga perantara iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Jika paparan maklumat berbahasa melayu, apa yang yang perlu pengunjung laman web ini lakukan ialah dengan mengklik link english version yang terdapat dibahagian atas interfaces ini dan begitu juga sebaliknya jika paparan dimulai dengan versi bahasa english.Paparan waktu, hari dan tarikh juga disediakan.Pada s pada bahagian atas sali di sebeah kanan.Pihak developer laman web ini juga turut menyediakan link- link mengenai maklumat info- info terkini di UKM. Dengan itu para pengunjung tidak akan ketinggalan maklumat terkini lebih lebih lagi mengenai UKM. Galeri gambar juga disediakan bagi membolehkan para pengunjung melihat panorama mahupun peristiwa berserta gambar pelajar di UKM. Di bahagian bawah saya perhatikan terdapat gambar-gambar yang berbeza mengikut link-link tertentu. Ia ini dijangka mampu menarik pengunjung untuk mengklik pada gambar tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih cantik dan menarik. Banner yang berkaitan dengan program lain seperti banner program PBBJ. Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai UKM seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail.
Kelemahan laman web ini yang paling ketara yang saya perhatikan ialah mengenai link- link yang terdapat didalamnya. Sepatutnya, link ini diketegori mengikut ketegorinya yang lebih specifik. Sebagai contoh, bagi maklumat berkaitan pengajian siswazah dan pengajian prasiswah mungkin lebih molek diletakkan dibawah ketegori yang lebih specifik seperti Kategori Akedemik dan tidak dicampur adukkan dengan link- link lain. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesenangan kepada pengunjung laman web ini. Layoutnya juga agak simple. Mungkin harus di letakkan border pada link- link ini untuk membuatkan interface ini kelihatan lebih menarik lagi. Kelemahan lain yang dikenalpasti ialah tidak terdapat penerangan kepada pennguna sama ada laman web inilebih sesuai mengunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Perlu diberitahu kerana pengunjung semestinya mengingin paparan yang terbaik pada sesebuah laman web yang dikunjunginya.
Tak salah jika kita nak mengunjungi laman web,semuanya maklumat mahupun info- info apa saja mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia boleh diperolehi disini. Mungkin terdapat sedikit kekurangan laman web tetapi biasalah, mana ada benda yang sempurna di atas dunia ini.

Universiti Teknologi Mara



Interface laman web Universiti Teknologi Mara ini boleh dianggap sebagai laman web yang berada di tengah-tengah iaitu diantara laman web yang simple dan complicated. Sekali pandang ia nampak seperti simple tetapi jika dipandang untuk kedua kalinya, ia nampak agak berserabut. Saya rasa faktor yang menjadikan ia agak berserabut ialah terlau banyak link yang terdapat di dalamnya. Di jadikan cerita apa yang saya perhati di dalam interfaces ini ialah hampir 98% perkataan merupakan link. Memanglah link memainkan peranan penting dalam sesebuah laman web tetapi ini tidak bermaksud ia perlu semua dijadikan semuanya link. Tentunya ini akan menyerabut sesebuah interfaces. Banner utamanya pula saya rasa agak menarik di tambahkan dengan elemen animasi flash. Tidak hairan jika ini menjadi tarikan utama dalam laman web ini. Pembuatan menampakkan hasil kerja yang sangat professional dan teliti. Bagi background nya pula, warna putih teah menjadi pilihan. Warna juga serasi dengan logo dan warna font nya. Link nya juga diketegorikan mengikut ketegori yang spesifik seperti The university, Management, Achievements, Students, Research, Publication, Services, Community dan Library. Terdapat element marquee juga digunakan dalam interfaces laman web ini. Selain dari itu, tarikh berserta hari dan jam turut disediakan bagi memudahkan para pengunjung mengetahui masadan waktu. Disebelah terdapat informasi serta maklumat UITM yang turut diketegorikan di bawah 3 ketegori besar iaitu Announcement,Events, Newsflash dan ape yang menariknya, kesemua informasi sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, semua maklumat dijamin merupakan maklumat- maklumat terkini. Di bawah sekali pada interfaces laman web ini terdapat makluamt Universiti iaitua alamat dan no. telefon. Ia juga turut terdapat logo ISO berserta penanda Copyright, jadi tidak boleh kita hendak menciplak laman wb ini. Kelemahan yang boleh dikemaskini disini adalah gambar berlink pada ketgori utama kerana terlalu kecil saya rasakan.. Dan juga terasa seperti kosong pada background. Mungkin kerana gambar dan tulisan pada interfaces terlalu kecil. Kesimpulannya apa yang saya boleh katakan mengenai interfaces laman web ini adalah ia tidak kurang hebat dalam pemberian maklumat tetapi agak lemah dalam segi layoutnya mungkin.