THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 7 November 2008

Bebelan Kosong part 3

Pagi ni aku tengok cuaca kt langit cerah skit kalo nak dibandingkan dari semalam, jadi aku pun mengambil keputusan muktamad untuk pegi pc kt dalam jap untuk sambung balik download cite Stephen Chow yang tertangguh disebabkan gara2 connection internet yang agak low pada masa aku download ari tue.. Nak sambung download kat asrama x leh sbb kat asrama penginapan aku skang x de lagi wireless yang sempurna (ada tapi tersekat-sekat), jd nak tak nak terpaksa jugak la aku merajinkan diri aku untuk melangkah pegi ke pc kat dalam kampus untuk download barang @ nak buat ape2 la yang memerlukan perkhidmatan internet ni.. Kalo ramai sangat bdk kt pc tue, kene la aku pg cc kat luar.. Nak buat macamana, pc kat dalam ni untuk kegunaan bersama, jd keberangkalian nk dapat guna pun 50-50 gak la. Tue yang ari ni aku paksa gak diri aku bangun awal- awal pagi dgn niat untuk dapatkan pc supaya penuhi matlamat aku, download cite Stephen Chow.. Mujur masa aku tiba kat pc tu orang x ramai lagi.. Jd dapatla aku sambar 1 komputer kat pc tue.. First, aku buat ape yang aku rancang dulu, downlaod.. Sementara tunggu nak siap download, aku pun bukak la berita online.. Bukan ape, saje nak tengok cite- cite n isu- isu terbaru.. Aku pun ni bukannye jenis orang yang suka sangat beli surat khabar ni, so alang2 dh dapat main internet ni, x salah rasanya kalo aku nk tgk berita2 versi online ni...Kan free..Jimat skit duit aku dan secara x langsung bleh gak membangkitkan minat membaca dalam diri aku ni.. Bukan ape, sbb skrang ni aku rasa memang tabiat membaca ni dh semakin menghakis dalam diri aku ni.. X tau le kenapa.. X kira la baca ape pun, baca majalah ke, surat khabar ke apatah lagi kalo aku nak baca buku belajar ni, lagi le aku malas...Aduh, x tau le apsal, time nak baca jer dgn x semena-mena perasaan malas + mengantok + boring + letih dtg secara tiba-tiba.. Tue yang setiap kali baca buku tu, aku setakat mampu baca 2-3 helai jer...Susah la macam ni... Nasib baik tabiat menulis ni masih belum hilang lagi lagi dalam diri aku ni, bagus gak sebab sekurang- kurangnya time aku tulis " benda alah" ni x kira la pasal ape, dapat gak aku ikut skali membaca.. 2 kerja dalam 1 mase, menulis sambil membaca!! Betol x? Mane le tau dengan cara ni, minat membaca kat dalam diri aku ni boleh timbul balik.. Bukan ape, pade zaman yang serba maju sekarang ni segala-galanya memerlukan ilmu.. Kalo nak makan pun kita kena ada ilmu gak apatah lagi kalo nak yang lebih advance lagi.. So salah satu cara yang terbaik nak dapatkan ilmu ialah dengan membaca ... Teringat aku ada 1 rangkap dalam bait lagu nyanyian Siti Nurhaliza n geng untuk Perpustakaan Negara menyebut tentang amalan membaca ni ; "everybody take a book and read, to gain knowledge everyone have to read".... Nampak x, dah jelas dah dalam lirik itu ade sebut kalo kita nak tambah pengetahuan kita, kita kena la membaca.. Baru boleh jadi orang yang berilmu... Tapi kat sini aku maksudkan berilmu yang sebenar- sebenarnya la.. Ye le, cuba tgk segelintir orang2 zaman skrg ni, Diorang ni mengaku diri mereka berilmu tapi masih lakukan benda2 yang x betol n bodoh n bangang.. Contohnya ada orang2 yang mengaku diri diorang "berilmu" ni sanggup hantar mak bapak kandung mereka sendiri kat rumah orang tua- tua.. x kurang gak ade juga yang biarkan terus mak bapak diorang hidup terkontang- kanting tanpa kasih sayang yang sepatutnya mereka dapatkan... Boleh ke kita nak kate orang macam ni berilmu??? bagi aku orang2 macam ni memang berilmu tapi x berotak!!! Aku hairan gak macam mana benda2 ni bleh terjadi...Diorang x ingat ke macam mana susah payah nye mak bapak diorang nak besarkan diorang dan membelai lagi dengan kasih sayang yang x berbelah bagi?? Kalo ye pun mak bapak ade salah or menyusahkan pun, Aku x rase mereka ni harus dipinggirkan sbb biar ape2 pun terjadi mereka ni tetap mak bapak kita dan dh memang tugas kita untuk berbakti pada mereka sampai ke hujung hayat mereka... Aku bukan ape, cuma aku sedihla bile tengok warga- warga tua yang terabai terutamanya yang tinggal kat rumah orang tua- tua ni... Dah la terpaksa tinggal kat sana, Ada jugak yang anak- anak mereka ade yang x pernah datang melawat walau sekali pun.. Pada aku, time usia- usia senja ni mereka sepatutnya mendapat kasih sayang yang secukupnya oleh anak- anak.. Tapi lain jadinya ... Ada gak kes yang aku dengar yang mana anak- anak yang sanggup hantar sendiri mak bapak diorang ke rumah orang tua-tua dan selepas tu x datang jengok pulak mak bapak mereka... X tau le macamana nak ckp... Nak cakap byk2 pun x guna sbb semua buat aku geram n terasa macam nak tendang je golongan orang- orang yang x berotak ni... Senang cite, baik korang renung- renung la sendiri.... Aku cuma ingatkan korang termasuk diri aku sendiri bahawa ibubapa adalah permata yang x ternilai yang dikurniakan oleh Allah pada kita, jd sayangilah dan berbakti la kita pada mereka sebanyak mana yang mungkin selagi mereka ada kat dunia... Okla sampai sini je la, aku pun x de ape nak tulis lagi.. Lagipun ade keje lain yang perlu aku settlekan... habis

0 ulasan: