THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 3 September 2009

Hang Jebat si Power Ranger!!

Hang Jebat.....sape Hang Jebat tu? Perdana Menteri Somalia ke? ke pekerja kontrak spenuh masa kt Taman Maju tu?...Slh, smua slh.... xkn tu pun xtau...wah, berat la kalo mcm ni...hmmm, disebabkan ramai yang xtau sape dia Hang Jebat ni, aku bercadang nk bg ckit info kt korang smua ttg 'otai' yang satu ni... Aku xnk korang akan menyesal kalo korang xdpt tau ttg hang Jebat ni..rugi oi, bg aku dia ni lg dashyat dari Superman..bahkan, kalo Superman + Spider+ Cicakman pun blum tentu leh kalahkan dia.. So, cube la korang bayangkan... Dashyat gile babas bkn?? Dia merupakan seorang pejuang yang paling hebat skali bg aku kt Negeri Melaka ni ms zaman kesultanan Melayu dlu2... ms zaman Melaka blum kene serang ngn Portugis dlu.. knape aku ckp cm 2.. Ini adela sebab dia berani menentang kezaliman walaupun kezaliman tu Raja yg lakukan.. Ini la yg membezakan antara hang Tuah ngan Hang Jebat..... nk tau lebih lanjut x... So, sila baca..............


Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.

Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.

Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.

0 ulasan: