THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 28 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Di kesempatan ni yang sedikit ni, aku nak amik peluang utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin buat kawan2 n teman2 sekalian. di harap korang boleh dapat lagi banyak duit pada tahun ni berbanding dari tahun2 sblmnya... Kepada yang x dapat duit raya pada tahun2 yg lepas, aku doakan korang dapat tahun ni.. Ok.. Ape2 pun, ingat perkataan ni... SELAMAT HARI RAYA !!!!!!

Rabu, 24 September 2008

Band : The Strokes

Antara band yang jadi kegilaan aku dari dulu, kini dan selamanya.. Permainan gitarnya yang selamba membuatkan aku semakin terus mengilainya.. Atas dasar itu, aku pun ambil keputusan yang agak tepat untuk memaparkan biografi band ni ( versi bahasa inggeris ) khas untuk tatapan aku dan korang semua.. Selamat membaca!!



frantic living, and the late nights and the early mornings they've spent making their music in New York City. Their music makes you want to forget who you are, and unlocks the possibilities of what you might want to be. The Strokes are five close friends who began assembling together at the Music Building in New York City sometime in 1998 to lay down the foundations of a rock 'n roll band. Together on stage at a Strokes show you will see and hear: vocalist/songwriter Julian Casablancas delivering biting lyrics, Fabrizio Moretti beating his drums with furious precision, guitarist Albert Hammond Jr. moving smoothly on his feet while his fingers effortlessly flow over his axe, guitarist Nick Valensi with pick in hand tantalizing you with his quick and raw solos, and bassist Nikolai Fraiture looming like a shadow and plucking away with silent enthusiasm.To describe each of their personalities and styles would consume too much sspace. But what can be said briefly about these five friends is that they love what they do. They live their lives to the fullest, they dress as if the 1970's and 80's fell into the same laundry hamper, they're quick to make a joke, and ready to embrace everything you're willing to give them. All together, they remind you to slow down the fast-paced life which you've been living, and exchange it for their's as they take you into their world for the moment you allow them.In the span of a little over a year The Strokes have played the slew ofdowntown New York City music venues, which have ranged from their smallbeginning at the now defunct Spiral, and the Luna Lounge. They later moved on to larger and more well established venues such as the Mercury Lounge where their talent was recognized by the club's young booker Ryan Gentles who went on to become the band's manager.The arduous process of getting their music produced and recorded has beengreatly aided by skilled producer Gordon Raphael who helped them record a tthree-song demo titled The Modern Age. This demo was picked up by the U.K. label Rough Trade Records, and released, as-is, in January of 2001. Also encouraging and guiding the band in the studio was their 揼uruJP Bowersock. The Modern Age was met with excitement on both sides of the Atlantic. A sold out tour of small clubs in the UK were followed up by national tours of the US opening for Guided By Voices and the Doves.The Strokes were so caught up in the excitement from the buzz circulating around their music that they took the initiative and began to record their debut album with Raphael at his Transporter Raum Studio before signing a record deal. The result is the eleven-song LP titled Is This It which RCA will be releasing in the US on September 25.Two cuts from the album were released as the single 揌ard To Explainb/w 揘ew York City Copsin the UK in June 2001 by Rough Trade. The single was met with rave reviews by the English press and climbed to number sixteen on the U.K. pop charts. The success was reinforced by sold out sixteen-date U.K. tour, where scalpers were asking for as much as 200 pounds for tickets.The Strokes are signed to RCA Records. They plan to tour and record for the rest of their lives.

Ahad, 21 September 2008

Artikel : Keserasian Agama & Nilai Sosial

Artikel ni aku dapat melalui Jurnal AKTIVIS yang aku jumpa secara x sengaja dalam internet Ari 2... Isi2 dalam artikel ni sangat menarik disamping penulis menggunakan ayat2 tinggi yang bagi aku amat mempesonakan.. Mungkin agak panjang,tp kalo korang seorang pembaca yang "tegar", rasanya x de masalah kot.. So, ape2 pun Selamat membaca!!!!


Islam mempunyai nilai dan matlamat yang merangkumi bidang rohaniah dan lahiriah. Islamjuga mendalami aspek politik, ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraaan dan lain-lain. Semua aspek-aspek yang dinyatakan saling melengkapi dan berkait erat dalam penyemaian nilai serta memenuhi hala tujuan berhubung dengan matlamat yang diredhai oleh Allah. Justeru, jiwa kemanusiaan tidak boleh dielakkan atau disisihkan daripada agama sewenang-wenangnya. Banyak syarat atau undang-undang negara atau pertubuhan dunia seperti Bangsa-Bangsa Bersatu telah dilakarkan atas dasar kemanusiaan, etika menepati kehendak pelbagai agama dunia.
Namun demikian, kemajuan sains dan teknologi telah melampaui kemanusiaan kerana mencabar kuasa Tuhan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui isu pengklonan, penggunaan sel-sel serta organ untuk menghidupkan organ yang mati. Isu lain juga seperti menerajui eksperimentasi yang tidak ada batas disebabkan kepekaan dan kehausan manusia untuk mencari unsur alternatif kehidupan untuk generasi masa hadapan. Agama dan realiti memainkan peranan mengingati manusia mengenai kesilapan dan menyedarkan mereka melalui bencana alam seperti peperangan, kebakaran, kemusnahan ozon, gempa bumi yang kerap kali berlaku kerana pergerakan bumi dan perbuatan manusia yang mengingkari lumrahnya.
Pada waktu yang sama, agama tidak sesekali menyalahkan kemajuan serta peningkatan i1mu. Hal ini perlu dipraktikkan dengan landasan yang ditetapkan etika dan agama agar hasil pencarian ilmu dapat diraih serta diredhai Ilahi. Ilmu pengetahuan penting kerana ia merupakan simbol kekuatan hari ini. Simbol ini menjadi alat kemajuan yang sudah menguasai dunia termasuk umat Islam sendiri. Umat Islam kalah dengan dunia Barat kerana berpendapat dan berfikiran sempit serta memendam tanggapan negatif terhadap kemodenan. Globalisasi dan kemajuan teknologi dan sains pada masa kini telah mematangkan manusia tentang realiti atau hakikat kehidupan.
Sewaktu zaman pembangunan industri, manusia pernah riak dan melupakan Tuhan apabila teknologi dan kuasa berada di dalam tangan. Natijah-natijah pembangunan industri seperti bencana nuklear dalam Peperangan Dunia Kedua serta letupan Chernobyl di Rusia telah menggegarkan dan menyedarkan dunia. Manusia meraih ilmu dan pengalaman menerusi kesusahan yang dilalui atas kesalahan mereka sendiri. Zaman moden yang besar kemungkinan memasuki zaman nanoteknologi mementingkan dan mengutamakan penyebaran maklumat. Wadah yang digunakan media massa seperti internet, radio dan televisyen menjadi kegunaan manusia tiap-tiap hari.Dasar-dasar Islam yang menepati konsep penyebaran maklumat masa kini ada lima:
Adl' (Keadilan)
llm' (I1mu pengetahuan)
'Ibadah (Pekerjaan)
Khalifah (Pucuk pimpinan)
Waqf (Wakaf)
Keadilan merupakan satu perkara yang meliputi semua golongan. lanya dapat ditegakkan dengan penguasaan ilmu. I1mu pengetahuan merentasi semua jenis disiplin khususnya dimensi pengetahuan manusia dan seluruh spektrum alamiah. Hakikat membuktikan bahawa keadilan merupakan satu bentuk penyebaran yang tidak boleh dinafikan. Istilah 'poetic justice' wujud apabila manusia menulis karya-karya epik pada zaman dahulu. Cerita-cerita tentang kenabian dan pedoman untuk umat Islam bersikap menuntut keadilan juga. Kezaliman Raja Firaun, Qarun, Raja Namrud, Kaum Ad', Kaum Luth dan Bani Israel dibedil dengan kemurkaan, kuasa Tuhan dan mukjizat para utusannya dahulu.
Pada zaman sekarang, kemungkinan besar keadilan tidak semestinya berlaku kerana isu-isu kompleks yang dijanakan arus globalisasi seperti tuduhan saman malu dan tuduhan berunsur fitnah yang diajukan di mahkamah. Namun demikian, Tuhan telah berjanji bahawasanya orang yang ingkar, munafik dan syirik akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Keadilan pada masa sekarang tetap berlaku. Persamaan ini boleh didapati dalam usaha penyebaran ilmu. Timbul isu cetak rompak dan virus Trojan yang menghambat banyak usaha menjalankan tugas penyebaran maklumat merupakan kegagalan mengawal ruangan siber dan teknologi canggih bagi syarikatyang memonopolikan pasaran dunia seperti Microsoft dan McDonalds.
Selain menyentuh tentang keadilan dalam konsep penyebaran ilmu maklumat, ibadah memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Ibadah dalam erti kata merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan. Konsep ibadah bukan sahaja menumpukan kepada solat lima waktu dan sunnah malah meliputi semua aspek pekerjaan seharian dan niat kepada Ilahi tetap disemai dalam setiap gerak-geri yang dilakukan. Justeru, ibadah bersifat distributif seperti teknologi maklumat.
Khalifah juga diperlukan untuk mencorak dan menentukan masa hadapan melalui pentadbirannya.Pucuk pimpinan merupakan satu faktor yang terpenting sekali dalam usaha penyebaran maklumat kini berteraskan etika dan adab Islam. Daripada pucuk pimpinan manusia, tumbuh angka pengikut serta persahabatannya bersama beberapa intelek dan usahawan. Ini mengukuhkan rangkaian penyebaran maklumat yang diterima individu berpengaruh yang dikatakan khalifah lalu menjayakan penglibatan masyarakat dalam agenda utamanya iaitu membentuk masyarakat rabbani. Kesan tali arus amat penting dan digalakkan Islam serta kemahuan dunia untuk terus berkembang menyiarkan kebaikan. Penubuhan yang kukuh sedemikian akan menghapuskan segala khurafat, syak wasangka, penyelewengan, penyalah gunaan kuasa dan segala gejala sosial yangmengancam keharmonian masyarakat.
Wakaf pula merupakan aset yang tidak ternilai bagi orang Islam serta masyarakat am secara keseluruhan. Konsep wakaf ini juga wujud dalam masyarakat Cina dan lain. Masjid-masjidhari ini tersergam indah dengan kubah-kubah dan reka bentuk serba moden, Namun demikian, pengisian di dalam masjid ini amat berkurangan daripada sudut aktiviti untuk menjalinkan keakraban dan kekuatan jemaah. Kekuatan jemaah diperlukan untuk memimpin para belia masa kini untuk mengukuhkan potensi untuk berjaya dan kembali menjadi peneraju masyarakat dalam pelbagai bidang. Kepelbagaian itu amat perlu dalam aktiviti masjid agar jemaah tidak mudah hilang perhatian dan minat mereka terhadap masjid.
Solat merupakan tiang seri Islam. Orang Islam yang tidak bersolat akan kehilangan tiang seri ini serta jati dirinya sebagai orang islam. Solat merupakan asas dalam adab kita kepada Allah s. w.t. Justeru, seseorang yang baru memeluk Islam digalakkan bersolat secara mudah seperti mengangkat takbir, membaca Al-Fatihah, berdiri rukuk, sujud dan duduk bertasyahud dan memberi salam. Dalam solat, seseorang itu pasrah kepada Allah s.w.t, terutama ketika bersujud. Daripada erti 'sujud' ini, datang makna 'masjid'. Masjid lambang wakaf yang menjadikan unsur penyebaran maklumat yang berkesan dalam agama Islam. Jawatankuasa masjid perlu mengambil kesempatan yang diberikan pemerintah untuk memanfaatkan umat Islam terutama sekali masyarakat Melayu yang senantiasa hanyut dengan gejala sosial dari masa ke semasa.
Penyebaran maklumat perlu disebarkan menerusi lima jalur ini. Usaha sedemikian akan mencerminkan imej yang positif bagi masyarakat Islam dalam usaha peningkatan ilmu dan pengukuhan jati diri. Perbuatan sedemikian akan menggabungkan usaha orang Melayu secara tidak langsung. Justeru, pembinaan berlandaskan lima faktor dalam melengkapi masyarakat dengan ilmu pengetahuan akan mengembalikan masyarakat kepada aliran nasional yakni menyumbang kepada kemajuan negara. Islam sememangnya menyokong kemajuan dan konsep terbuka dalam agama perlu, bagi peningkatan dan penakatan orang Melayu masa kini.
Kita boleh perhatikan dalam pelbagai agama yang mengajarkan umatnya supaya berdiri tegak,ada pula yang rukuk dan ada pula yang sujud. Namun demikian, tiada yang lebih teratur dan indah secara gerak laku batin zahir selain solat seorang Muslim yang kukuh dengan pendirian islam di samping berusaha untuk meningkatkan ilmu dan menggalakkan masyarakatnya untuk maju dalam arus globalisasi yang menyulitkan.

Fariz Husna Bin Sajani
AKTIVIS
Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus TownsvilleJilid V, 2005

Pemberitahuan...

Salam... Kat sini aku nak bagitau korang semua kt luar tu satu berita penting... Bahawasanye bermula dari selepas terbitnya posting ni, aku bercadang untuk menerima karya- karya dari korang utk dimuatkan kedalam blog aku... Dengan erti kate yang lebih mudah, korang dijemput untuk menyumbangkan korang nye nukilan kat aku untuk dimasukkan kedalam blog aku x kira la ape- ape pun artikel ke, luahan hati ke, cerita2 dongeng ke, syair ke @ ape- ape pun la.. Janji yang penting dalam nukilan yang hendak dihantar x de terkandung sebarang unsur2 negatif yang keterlaluan (fitnah, kutukan yang tertumpu, hasutan yang melampau, dll)....Korang bolehla hantarkan korang nye karya tu kt email aku : stipy_terbang@yahoo.com... Semoga nukilan dapat dikongsi bersama dan boleh bagi sesuatu berguna pada aku n kawan2 lain.. Tue je..habis.

Ahad, 14 September 2008

Bebelan kosong part 2

Fuh..Ramadhan datang lagi... pejam celik, pejam celik ari ni dh nk dekat 20 hari dah aku berpuasa.. Alhamdulilah, puasa kali ni aku rasa mudah le skit dari puasa yang lepas- lepas..x tau le sbb tahun ni aku rasa x de letih sangat.. Kalo x sahur pun, aku rasa badan tetap cergas n kalo korang nak ajak main bola pun aku rase mmg boleh jalan lagi la..Entah le maybe sebab aku dah besar kot, jadi ketahananan badan pun tinggi.. rasenya la. Kadang- kadang bagus gak mcm tue, x de le aku nak ponteng puase macam kecik- kecik dulu.. Masa kecik- kecik dulu mase tgh angkat air smbahyang pun boleh minum air paip..Memang time tue, air paip pun rase macam air sirap , betul, aku x bohong...Nak kate x sahur,tak gak sbb kecik- kecik dulu mmg x pernah x bangun sahur. Biase le time- time kecik dulu tak liat sangat nak bangan pagi. Time sahur pulak 2-3 kali gak tambah gak nasi tapi bile bangun tido jer automatik perut jadi lapar, tue yang bile pegi jmpa kawan- kawan sekepala tue timbul le macam- macam idea camna nak bukak puase secara "haram" tu.. Aduh pening la bile pikir balik zaman budak- budak dulu la.. pengalaman zaman budak- budak berharga tau.. Tapi skang dah tak macam dulu lagi dah. Skang ni kalo tak pose rase lain macam je.. haha... betul tau..Tu le orang kata Pengalaman mendewasakan minda kot.. Yela, kalo x de pengalaman macamana mana minda n fikiran kita nk berkembang n matang.. statik jer dari kecik sampai ke tua.. Ah, lupakan jap la pasal zaman budak- budak ni, baik cite pasal sekarang ni sebab kalo x de sekarang macamana nak ade mase depan.. Betol x? Tapi yang problem sekarang, zaman sekarang tak sesedap zaman dulu...Jadi nak cite pasal benda- benda zaman- zaman sekarang pun x de mood... Byak x best sekarang ni, x kiralah pasal benda benda kat dalam @ luar negara.. Tgk je la isu- isu korupsi, masalah sosial, peperangan, fitnah.. Semua terok n menjijikkan aku je.. Bile perhatikan pasal benda ni, teringat lak dulu masa aku sekolah menengah dulu, cikgu aku pernah cakap bahawa semakin maju sesuatu bangsa tue, lama- kelamaan tanpa diorang sedar, diorang akan kembali pada zaman orang- orang yang x bertamadun dulu- dulu.. Mulanya aku pun macam x berapa paham ape yg cikgu aku cakap sebb mana mungkin kalo kita dah maju, kita jadi macam orang x brtamadun. Macam x logik je. Tapi bile tengok keadaan dunia sekarang ni, baru le aku paham kenapa cikgu aku boleh cakap macam tue.. Korang cuba lihat perhati situasi dunia sekarang, korang pun perasan n akan bersetuju dengan aku.. Percayalah... Aku pun bimbang gak, mungkin ari ni aku cite pasal benda- benda ni, tup- tup esok lusa aku pun hanyut dengan dunia ni.. X leh agak gak, sebab masa depan sape yan tahu.. Ye x? Kalo kat rumah bleh mak bapak tenok- tengokkan aku. Kat sekolah menengah dulu pun, nak- nak mase duduk asrama ade gak warden yang tolong bimbing aku... Tapi bile dah masuk "U" mak bapak pun duduk jauh... Kt "U" pun mana ade warden lagi.. Terpaksa la jaga diri sendiri baik- baik.. Kalo ade kawan- kawan yang prhatin, tolong le tegur kalo ade benda yang x betul aku buat.. Mana ade manusia yang sempurna sekarang ni.. Dah la, aku pun wat benda lain ni.. Sini je kot.. Ade masa, aku tulis lagi.. Ape- ape pun, ingatlah kalo kita mendiamkan diri kepada kezaliman, kita akan memanjangkan lagi barisan perbudakkan... Fikirkan ok, Salam