THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 30 Oktober 2008

Universiti Darul Iman Malaysia



Jika dilihat dengan kepada interface laman web Universiti Darul Iman Malaysia, saya percaya hanya terdapat 2 sahaja perkataan yang akan keluar dari mulut kita.. TERLALU SIMPLE.. Pembuatan interface yang bagi saya amat- amat simple yang secara tidak langsung mencemarkan nilai simple itu sendiri. Selalunya, para pengunjung yang ingin memasuki ke dalam sesebuah laman web mengharapkan dapat mengunjungi sebuah laman yang simple tetapi ia dapat menarik minat mereka dengan penyediaan kemudahan- kemudahan seperti pilihan bahasa ( melayu/ english ) dan enjin carian yang dapat membantu serta memudahkan kerja mereka terutamanya untuk mendapatkan info serta maklumat yang berguna dari sesebuah laman web tersebut. Dan dipendekkan cerita, tidak terdapat elemen- elemen ini dalam interface laman web Universiti Darul Iman Malaysia yang menyebabkan lebih banyak lagi kekurangan yang terdedah di dalam interface laman web ini. Antara sedar atau tidak, jika terus begini dan tidak ada perubahan pada interface laman web di masa akan datang, percayalah tiada seorang pun akan berminat untuk mengunjungi laman web ini walaupun pengunjung itu seorang yang simple.
Kelemahan laman web ini yang begitu ketara adalah kerana antara mukanya yang terlalu simple. Rekabentuk dan pemilihan warna latar belakang juga kelihatan begitu simple. Jika dilihat, jelas hanya warna putih yang memonopoli antara muka laman web ini.Selain itu, layout pada antara muka laman web ini juga jelas tidak professional. Layoutnya lebih tertumpu kepada bahagian tengah manakala bahagian kiri dan kanannya di biar kosong bgitu sahaja. Kelemahan lain yang boleh dilihat pada antara muka laman web ini adalah tidak terdapat elemen- elemen bantuan kepada pegunjung yang mengunjungi laman web ini. Elemen- elemen yang dimaksudkan adalah seperti enjin carian maklumat dan pilihan bahasa. laman web ini tidak menyediakan enjin carian untuk kemudahan pengguna mencari maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Pilihan bahasa juga tidak terdapat pada antara muka laman web ini. Ini betul- betul mengundang masalah yang besar kepada pengunjung- pengunjung yang tidak memahami bahasa melayu seperti contoh pelajar- pelajar dari universiti luar negara. Gambar yang terdapat di dalam terdapat di dalam antara muka laman web ini juga agak kecil dan seolah tidak membawa apa- apa makna (meaningless) seolah- olah hanya untuk mencukupkan syarat sahaja. Selain itu gambar utamanya yang diletakkan pada antara muka ini juga tidak menggambarkan suasana universiti yang sebenar- benarnya tetapi nampak seperti ia merupakan tempat- tempat yang bersejarah/warisan sahaja. Cara susunan gambar juga tidak menarik dan Penggunaan fonts serta warna fonts juga kelihatan statik.
Terdapat kemudahan link disediakan pada antara muka laman web Universti Darul Iman Malaysia. Link- link ini disediakan di bahagian tengah laman web ini.Pada bahagian atas pula disediakan link yang dipecahkan mengikut kumpulan dan ketegori masing- masing seperti maklumat mengenai UDM, program pengajianyang ditawarkan di UDM, berita dan info terkini. Selain itu, pautan ke jabatan penting yang terdapat di Universiti Darul Iman Malaysia juga disediakan. Seperti yang di ketahui umum, kemudahan link ini disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Pada antara muka ini juga terdapat bahagian untuk kita menghubungi pihak universiti jika terdapat apa- apa masalah. Disebabkan latar belakang antara muka ini berwran putih, saya merasakan penggunaan warna tulisan pada antara muka iaitu biru, hitam dan merah boleh dikatakan agak relevan dan boleh diterima pakai.
Kesimpulannya, antara muka laman web ini terlalu simple dan agak membosankan. Mungkin saya rasakan ini bukan laman web terbaik bagi penggemar laman web yang simple kerana tidak diragui lagi bahawa laman web ini memang " SIMPLE" tapi dimasa yang sama ia amat- amat membosankan.