THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 6 Oktober 2008

Universiti Teknologi Mara



Interface laman web Universiti Teknologi Mara ini boleh dianggap sebagai laman web yang berada di tengah-tengah iaitu diantara laman web yang simple dan complicated. Sekali pandang ia nampak seperti simple tetapi jika dipandang untuk kedua kalinya, ia nampak agak berserabut. Saya rasa faktor yang menjadikan ia agak berserabut ialah terlau banyak link yang terdapat di dalamnya. Di jadikan cerita apa yang saya perhati di dalam interfaces ini ialah hampir 98% perkataan merupakan link. Memanglah link memainkan peranan penting dalam sesebuah laman web tetapi ini tidak bermaksud ia perlu semua dijadikan semuanya link. Tentunya ini akan menyerabut sesebuah interfaces. Banner utamanya pula saya rasa agak menarik di tambahkan dengan elemen animasi flash. Tidak hairan jika ini menjadi tarikan utama dalam laman web ini. Pembuatan menampakkan hasil kerja yang sangat professional dan teliti. Bagi background nya pula, warna putih teah menjadi pilihan. Warna juga serasi dengan logo dan warna font nya. Link nya juga diketegorikan mengikut ketegori yang spesifik seperti The university, Management, Achievements, Students, Research, Publication, Services, Community dan Library. Terdapat element marquee juga digunakan dalam interfaces laman web ini. Selain dari itu, tarikh berserta hari dan jam turut disediakan bagi memudahkan para pengunjung mengetahui masadan waktu. Disebelah terdapat informasi serta maklumat UITM yang turut diketegorikan di bawah 3 ketegori besar iaitu Announcement,Events, Newsflash dan ape yang menariknya, kesemua informasi sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, semua maklumat dijamin merupakan maklumat- maklumat terkini. Di bawah sekali pada interfaces laman web ini terdapat makluamt Universiti iaitua alamat dan no. telefon. Ia juga turut terdapat logo ISO berserta penanda Copyright, jadi tidak boleh kita hendak menciplak laman wb ini. Kelemahan yang boleh dikemaskini disini adalah gambar berlink pada ketgori utama kerana terlalu kecil saya rasakan.. Dan juga terasa seperti kosong pada background. Mungkin kerana gambar dan tulisan pada interfaces terlalu kecil. Kesimpulannya apa yang saya boleh katakan mengenai interfaces laman web ini adalah ia tidak kurang hebat dalam pemberian maklumat tetapi agak lemah dalam segi layoutnya mungkin.

0 ulasan: