THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 24 Oktober 2008

Universiti Malaysia Perlis



Interface laman web Universiti Malaysia Perlis juga kelihatan menarik. Rekabentuk danwarna juga kelihatan lebih bercirikan kepada warna logo. Susunan layout juga agak teratur dan menarik. Warna Backround diambil dengan kombinasi 80% warna putih 20% warna ialah warana yang gelap. Ternyata kombinasi kedua elemen warna ini menjadi dalam mewujudkan warna backgrounds yang menarik. Apa yang menarik mengenai laman web ini ialah,terdapat link yang utama pada bahagian banner untuk membantu pengguna memahami dan mengakses maklumat maklumat yang dikehendaki.Ia juga memberikemudahan kepada pengunjung laman web ini untuk terus klik pada link yang dikehendaki tanpa perlu
skrol ke bawah. Mudah bukan?

Laman web UniMAP juga lebih mesra pengguna. Ia menyediakan kemudahan kepelbagaian
bahasa seperti bahasa Melayu,Inggeris,Cina ,Arab dan bahasa Thai.Pengguna cuma perlu klik pada link yang disediakan pada bahagian atas untuk memilih bahasa yang dikehendaki. Disamping itu,laman webini menyediakan enjin carian untuk memberi kemudahan kepada pengguna mencari maklumat.Pada bahagian kiri,terdapat arkib berita yang memaparkan berita dan pengumuman terbaru mengenai UniMAP dan segala berita sentiasa dikemaskini. Pada bahagian tengah sebelah kiri juga terdapat icon-icon yang berbeza mengikut link.
Ia ini mampu menarik pengunjung untuk klik pada icon tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih menarik.

Di bawahnya pula terdapat link untuk memuaturun borang.Dibawah link muaturun borang
terdapat info waktu solat.Ia memudahkan pengujung untuk mengetahui waktu solat pada hari tersebut. Manakala bahagian bawah sebelah kiri pula terdapat link untuk pengguna memberi maklumbalas. Bahagian paling bawah sebelah kiri terdapat penerangan kepada pengguna,supaya mengunakan Interner Explorer untuk mendapatkan paparan terbaik. Pada bahagian tengah juga terdapat link yang dibahagikan kepada enam kategori utama dan kandungannya disusun dengan baik.Pada sebelah kanan,terdapat icon yang mewakili link untuk kumpulan jurnal.Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai UniMEP seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail. Kelemahan laman web ini yang paling jelas ialah ialah terlalu banyak link yang diletakkan pada interfaces.

0 ulasan: