THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 24 Oktober 2008

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia



Tiada apa boleh dikatakan apabila kali pertama melayari laman web ini. Kemas dan teratur. Bagi saya ia merupakan laman web yang selasa dilayari kerana susunan layoutnya yang teratur dan kemas. Tulisan juga walaupun nampak seakan- akan kecil tapi masih ok untuk dibacalagi. Memilih warna putih sebagai warna background dan ini merupakan pilihan amat tepat. Elemen- elemen yang terdapat di dalamnya seperti banner, button, dan font dilihat amat serasi dengan warna background. Selain daripada layout yang menarik, banner pada bahagian atas yang turut mengaplikasi animasi flash didalam pembinaannya. Memang menarik dan menggambarkan pembikinan yang amat profesional. Perkhidmatan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan english sebagai perantara turut disediakan disini. Ia boleh di dapati pada bahagian atas sekali disebelah kanan. pada bahagian yang sama juga turut tersedia site map dan juga contact us. Di interface laman web ini juga terdapat link utama di atas banner utamanya dimana ia dibahagikan kepada beberapa ketegori utama seperti Home, Corporate Info, Admission, Academic, Administration, Student Affairs dan Research. Semua maklumat berkaitan Universiti ini terdapat di bawah ketegori besar ini. Di sebelah kiri laman web ini terdapat link- link kemudahan dan maklumat berkaitan dengan Universiti yang disediakan dalam bentuk ikon. Kelebihan lain yang terdapat dalam laman web ini adalah turut terdapat enjin carian untuk mencari maklumat yang terdapat dalam laman web ini. Dibawahnya pula terdapat link- link yang diletakkan pada 2 ketegori iaitu Visitors Info dan Directory dan Calender. Di bawah kategori Visitors Info, terdapat link yang memudahkan pengunjung mengetahui tentang kedudukan campus, fasiliti yang disediakan dan lain - lain yang secara langsung memudahkan kerja mereka. manakala dibawah ketegori Directory and Calendar pula tersenarai tarikh- tarikh penting bagi sesuatu program yang akan dilaksanakan. Pada bahagian bawah sekali disebelah tertulis juga bahawa laman web ini merupakan hakcipta terpelihara. Jika berniat ingin menciplak, baik lupakan sahaja niat itu. Segala info serta berita dan aktiviti anjuran Universiti ini boleh juga didapati pada interfaces muka depan laman web ini. Ini boleh didapati pada bahagian tengah interfaces laman web ini. Segala info, berita mahupun maklumat pelajar boleh didapati dengan lengkap pada bahagian ini. Dan boleh diberi jamonan bahagian segala maklumat adalah lengkap dan terkini. Pada bahagian kanan sekali i interfaces ini tersedia juga banner- banner yang kecil yang juga melibatkan universiti secara langsung mahupun tidak langsung. Walaupun kecil tetapi menarik!! Di bawahnya pula tesenarai eveny yang terbaru yang dilakukkan oleh pihak universiti. Turut disenaraikan tarikh bila akan berlangsungnya event- event ini. Jadi apa yang tidak cukup lagi.. Cuba anda katakan?

0 ulasan: