THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 24 Oktober 2008

Universiti Utara Malaysia



Secara jujurnya saya katakan. faktor utama yang menarik minat saya untuk melayari dan masuk ke dalam laman web ini kerana keadaan interfaces nya agak ringkas dan tidak serabut. Susunan layoutnya juga kemas. Ditambahkan lagi dengan kemudahan yang lain yang disedia, semestinya ini menjadi sebuah laman web yang ringkas tetapi menarik. Penggunaan warna sebagai warna asas background disamping penggunaan font yang konsisten juga mempengaruhi interface laman web ini menjadi menarik. Pengaplikasian flash juga terdapat pada bahagian atas laman web (banner). Memang menarik dan agak menyerlah pada interfaces laman web ini. Turut juga tersedia pada interfaces laman web ini ialah enjin carian google yang berfungsi dan berperanan untuk membantu para pengunjung mendapatkan maklumat. Link disini juga diletakkan di bawah ketegori yang spesifik dan tertumpu. Segala info maklumat terkini mengenai UUM diletakkan mengikut ketegori-ketegorinya seperti News, Events dan Announcement. Saya juga mendapati bahawa segala info, berita serta maklumat yang disediakan disini sentiasa dikemakini dari semasa ke semasa. Jadi ini bermaksud segala berita mahupun peristiwa yang berlaku adalah terkini dan bukannya berita lapuk dan tidak boleh dipakai lagi. Selain itu link pautan ke bahagian lain turut disediakan untuk memudahkan kerja para pengunjung. Boleh dilihat pada sebelah kanan di interfaces laman web ini. Banner lain juga boleh kita dapati pada bahagian bawah sekali pada interface ini dimana di atas banner ini terdapat link lain seperti e-publishing dan e-com. selain itu talian hotline juga terdapat di atas banner ini. Bila bercerita @ memperkatakan kelemahan mahupun kekurangan yang terdapat pada laman web ini apa yang saya rasakan paling ketara ialah tidak terdapat penyediaan dwibahasa pengantara (bahasa melayu) pada laman web ini. Menjadi masalah pada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat tetapi kurang arif dalam bahasa inggeris terutama orang kebanyakan. Selain itu ketidak seimbangan maklumat juga jelas kelihatan disini. Pada bahagian kanan, tengah dan kiri saya lihat pembahagian maklumat tidk seimbang. Tengah seperti penuh dengan maklumat manakala kelihatan agak kosong. Kekurangan lain yang dikenalpasti pada interfaces laman web UUM ialah dengan tidak terdapatnya alamat universiti mahupun alamat email bagi tujuan komunikasi.M aklumat tentang paparan terbaik sama ada mengguna Internet Explorer @ Mozilla Firefox juga tidak diberitahu kepada pengunjung web.

0 ulasan: