THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 8 Oktober 2008

Universiti Malaysia Kelantan



Laman web Universiti Malaysia Kelantan memiliki interfaces yang nampak ceria kerana kebanyakkan elemen warna yang yang digunakan di dalam interface ini adalah warna yang terang dan menyerlah. Dipadankan pula dengan warna background putih, semestinya ia akan menaikkan lagi keceriaan interfaces ini. Saya mulakan komen saya dengan ingin memperkatakan tentang banner khas Universiti Malaysia Kelantan yang terdapat diatas sekali pada interfaces ini. Pembuatan agak menarik dan agak kemas tetapi yang agak malang ia dilihat seperti tidak padan dengan background. Apa yang saya cuba katakan disini ialah bannernya kelihatan bagaikan ditampal pada backgrounds. Memang tidak salah, tetapi seharus jika sekalipun banner ialah kompenan yang berasingan dengan background tetapi jika dicantumkan, ia seharusnya nampak seperti banner itu merupakan kompenen asal background. Dan itu yang dikatakan kerja yang professional. Begitu juga dengan banner di bawahnya juga.

Berkaitan dengan dapatan maklumat tentang universiti yang terdapat di bahagian bawah banner utama UMK, ia boleh dikatakan semuanya ada. Semua maklumat yang memerangkan tentang perkara berkaitan UMK di letakkan di bawah link utama seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari, Perpustakaan, Jabatan ICT, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan link Jabatan Hal Ehwal Akademik. Disebelah kiri laman web ini di bahagian atas turut menawarkan link berkaitan UMK yang lebih terperinci. Seperti Laman Utama, Sekapur Srih, Misi, Objektif, Program Yang Ditawarkan, Pengurusan Tertinggi UMK serta Peta Lokasi UMK. Dibawahnya pula turut tersedia hubungi kami dimana ia turut tersedia alamat serta nombor telefon dan faks. Jadi ini akan memudahkan pengunjung menghunungi pihak universiti jika terdapat apa- apa masalah atau kesulitan yang dialami. Info berkaitan UMK juga dsampaikan dengan menarik didalam kotak infoUMK yang isampaikan menggunakan elemen multimedia. Jumlah pengunjung yang melayari laman web ini juga boleh diketahui kerana terdapat pengira pengunjung secara elektonik? Pada bahagian tengah pula terdapat link yang juga berkaitan dengan universiti juga disediakan dan turut tersedia gambar disebelah link- link ini. Untuk memasuki portal UMK turut boleh di log in di sini. Pada bahagian bawah pula terdapat link berita yang terkini dan semestinya ia sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa. Disebelah kanannya sekali diletakkan banner yang lain juga melibatkan UMK juga.

Kelemahan yang paling ketara pada laman web ini adalah susunan layoutnya yang kurang menarik dan tidak tersusun. Interfacesnya juga didapati agak kosong. Disamping itu, pada ruangan hubungi kami juga tidak terdapat alamat email. Ini menyukarkan pada sesiapa yang suka mengguna email berbanding mengeposkan surat. Selain itu, perkhidmatan dwibahasa juga tidak disediakan pada laman web ini.

0 ulasan: