THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 6 Oktober 2008

Universiti Malaya




Interface laman web ini cantik dan agak menarik terutamanya dari segi susunan layoutnya. Susunan maklumat juga matang dan tidak berciri kebudak- budakkan seperti sesetengah laman web pengajian tinggi. Maklumat- maklumat dan link- linknya juga telah diketegorikan mengikut ketegori yang lebih khusus. Ketegori ini juga telah diletakkan pada ruangan ruangan yang berasingan supaya ia tidak mengelirukan pengunjung untuk mendapatkan maklumat. Ini juga secara tidak langsung juga dapat memudahkan kerja mereka. Terdapat perkhidmatan enjin cariaan juga disediakan dalam laman web ini. Kita juga dapat mencari maklumat pada sub topik di UM Website. Ia turut menyediakan dwibahasa iaitu bahasa english dan bahasa melayu sebagai bahasa perantara. Paparan berorientasikan flash juga disediakan pada interface laman web ini. Sangat mengagumkan dan secara peribadinya, ini adalah kelebihan dan boleh dianggap "aset" yang paling berharga yang terdapat pada laman web ini. Selain itu, kelebihan lain yang terdapat didalam laman web ini ialah pada ruangan Latest News & Events In UM pada bahagian kiri juga dilaksanakan secara fungsi animasi. Link- link utama berkaitan UM juga disusun secara tersusun disebelah atas. Pada bahagian tengah dibawah paparan animasi pula segala link- link telah dipecahkan kepada 3 ketegori besar. Ketegori itu ialah ketegori Information For, kategori Special Highlighhts dan juga Quick Links. Dibawah kategori Information For di sertakan maklumat tentang, pelajar, pentadbiran dan lain- lain lagi. Di bawah ketegori Special Highlights pula diserta maklumat tentang event @ perkara yang berlaku di UM. Pada kategori Quick Links pula, terdapat info yang berkaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan UM. Dibawahnya pula terdapat maklumat tentang UM iaitu seperti alamat surat menyurat, alamat email dan juga nombor telefon untuk memudahkan komunikasi antara pengunjung dapihak universiti. Pemilihan warna putih sebagai backgrounds dianggap sesuai sekali. Warna fonts yang konsisten juga menampakkan kematangan pada interfaces laman web ini. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi jadi secara keseluruhannya saya boleh katakan bahawa interfaces laman web ini sangat menarik dan ia memang mempesonakan setaraf status Universiti Malaya sebagai antara universiti yang terbaik di Malaysia

0 ulasan: