THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 6 Oktober 2008

Universiti Kebangsaan Malaysia




Perhatikan Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia ini dengan teliti. Adakah interface laman web ini terbaik? Jawapannya sudah tentulah tidak. Mungkin bagi saya, interface UKM ini boleh tergolong dalam ketegori baik tetapi bukan yang terbaik. Walaupun interface nampak simple dan boleh tahan menariknya, tapi terpaksa diakui sama ada rela atau tidak bahawa ia masih tidak mampu lagi menggapai label interfaces yang terbaik. Ini kerana terdapat banyak lagi laman web terutamanya laman web IPTA mahupun IPTS lain mengatasinya.
Apa yang paling mencuri tumpuan saya pada laman web ini adalah pemilihan warna backgrounds yang bagi saya amat menarik dan bijak. Pemilihan warna biru laut yang lembut secara tidak langsung menaikkan seri interfaces laman web ini. Logo UKM juga dilihat sangat matching/serasi dengan warna background juga. Penyatuan yang amat serasi di antara logo UKm dengan warna backgrunds Disamping di backgrunds juga terdapat gambar bunga raya yang menjadi identiti kepada Uiversiti Kebangsaan Malaysia ini. Pada sebelah kiri terdapat link yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Laman web ini turut menyediakan enjin carian google untuk memberi kemudahan kepada pengguna mencari maklumat sepantas yang mungkin. Laman web UKM juga bercirikan user friendly. Ia menyediakan kemudahan dwibahasa sebaga perantara iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Jika paparan maklumat berbahasa melayu, apa yang yang perlu pengunjung laman web ini lakukan ialah dengan mengklik link english version yang terdapat dibahagian atas interfaces ini dan begitu juga sebaliknya jika paparan dimulai dengan versi bahasa english.Paparan waktu, hari dan tarikh juga disediakan.Pada s pada bahagian atas sali di sebeah kanan.Pihak developer laman web ini juga turut menyediakan link- link mengenai maklumat info- info terkini di UKM. Dengan itu para pengunjung tidak akan ketinggalan maklumat terkini lebih lebih lagi mengenai UKM. Galeri gambar juga disediakan bagi membolehkan para pengunjung melihat panorama mahupun peristiwa berserta gambar pelajar di UKM. Di bahagian bawah saya perhatikan terdapat gambar-gambar yang berbeza mengikut link-link tertentu. Ia ini dijangka mampu menarik pengunjung untuk mengklik pada gambar tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih cantik dan menarik. Banner yang berkaitan dengan program lain seperti banner program PBBJ. Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai UKM seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail.
Kelemahan laman web ini yang paling ketara yang saya perhatikan ialah mengenai link- link yang terdapat didalamnya. Sepatutnya, link ini diketegori mengikut ketegorinya yang lebih specifik. Sebagai contoh, bagi maklumat berkaitan pengajian siswazah dan pengajian prasiswah mungkin lebih molek diletakkan dibawah ketegori yang lebih specifik seperti Kategori Akedemik dan tidak dicampur adukkan dengan link- link lain. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesenangan kepada pengunjung laman web ini. Layoutnya juga agak simple. Mungkin harus di letakkan border pada link- link ini untuk membuatkan interface ini kelihatan lebih menarik lagi. Kelemahan lain yang dikenalpasti ialah tidak terdapat penerangan kepada pennguna sama ada laman web inilebih sesuai mengunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Perlu diberitahu kerana pengunjung semestinya mengingin paparan yang terbaik pada sesebuah laman web yang dikunjunginya.
Tak salah jika kita nak mengunjungi laman web,semuanya maklumat mahupun info- info apa saja mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia boleh diperolehi disini. Mungkin terdapat sedikit kekurangan laman web tetapi biasalah, mana ada benda yang sempurna di atas dunia ini.

0 ulasan: