THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 8 Oktober 2008

Universiti Malaysia Pahang



Interfaces laman web Universiti Malaysia Pahang boleh dikatakan salah sebuah laman web institusi pengajian awam yang agak menarik terutamanya pada susunan layoutnya. Interfaces laman web ini juga agak simple. Dan walaupun ia berada di dalam ketegori simple, ia tidak dibuat ala kadar seperti sesetengah laman web kerana jika diteliti didalamnya, terdapat semua ciri- ciri a elemen- elemen asas yang sepatutnya ada pada sebuah laman web yang baik. Jelas di sini, laman web ini amat sesuai untuk pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan dijamin tidak akan mengundang rasa bosan mahupun tertekan.
Saya mulai penjelasan saya berkaitan kelebihan yang terdapat pada interfaces laman web Universiti Malaysia Pahang dengan banner yang tedapat di interfaces laman web ini sendiri. Tidak dapat disangkal lagi bahawa banner yang terdapat pada interfaces ini merupakan tarikan utama disini. Secara jujurnya, apabila saya mamasuki laman web ini, pandangan mata saya terus tertumpu ke arah bannernya. Pembuatan banner yang amat professional ditambah dengan pemilihan gambar banner yang sangat menarik dan sesuai dengan identiti UMP sebagai tempat pengajian bagi bidang- bidang kejuruteraan dan teknologi. Saiz banner juga tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Dengan erti kata yang lebih tepat, banner amat bersesuaian dan "masuk" dengan interfaces tu sendiri. Pada bahagian kiri disebelah atas laman web ini turut menyediakan kemudahan search engines dan direktori staf untuk memudahkan pengguna/pelawat mencari maklumat yang dikehendaki. Seperti mana yang kita sedia maklum dengan adanya bantuan search enjin, penggunaan masa untuk mencari maklumat akan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan cepat. Cuba perhatikan di bahagian atas sekali pada sebelah kanan interface laman web UMP ini dimana pengguna boleh memilih bahasa melayu atau english (dwibahasa) sebagai pengantara diantara pengguna dan laman web ini. Penggunaan dwibahasa yang terdapat dalam laman web ini boleh memberi pilihan kepada pengujung untuk memilih bahasa yang diiginkan dan dengan itu mereka dapat memahami maklumat yang terdapat didalamnya. Selain daripada itu, untuk memberi lebih kemudahan kepada pengunjung terutamanya dalam mendapatkan maklumat dan informasi, ia juga turut menyediakan link- link yang lebih tertumpu dan yang telah dikumpulkan mengikut ketegori masing- masing disebelah kiri dan kanan pada interface ini. Di sebelah kiri disediakan link untuk bahagian pengenalan,akademik,navigasi dan pengumuman manakala di sebelah kiri untuk ketegori aksess komuniti. Penggunaan icon juga boleh dilihat pada interface ini dimana pada bahagian atas dia bawah direktori staf sebelah kanan terdapat 2 icon yang mewakili ecomm staf dan ecomm pelajar. Ia turut dapat mambantu pengguna memahami dan membezakan icon ecomm staf dan eomm pelajar. Apa yang saya perhatikan juga, segala maklumat yang terdapat dalam laman web ini juga sentiasa dikemaskini oleh Administrator untuk memastikan semua maklumat yang disalurkan adalah maklumat- maklumat terkini dan tidak ketinggalan zaman. Dengan itu, pengunjung akan lebih gemar berkunjung ke laman web ini. Susunan bahan dan kandungan turut dibahagikan mengikut tajuk supaya tidak kelihatan bercampur aduk dan bercelaru. Disamping itu, susunan layout juga agak kemas dan menarik. penggunaan warna biru pada setiap ketegori tajuk dan disempurnakan lagi dengan penggunaan warna putih sebagai warna background. Pemilihan warna putih sebagai backgrounds amat sesuai kerana warna putih dikenali sebagai warna universal dan penggunaannya tidak menyakitkan mata. Penggunakan animasi flash juga turut diaplikasikan pada laman web ini. Di bawah paling bawah laman web ini turut tersedia maklumat mengenai UMP seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail. Dengan adanya maklumat- maklumat ini, pengunjung boleh berhubung terus dengan pihak universiti jika ada apa- apa masalah mahupun urusan. Dibawah maklumat universiti pula terdapat penerangan kepada pengguna bahawa untuk mendapatkan paparan yang terbaik, penggunaan Internet Explorer diperlukan.
jika hendak mendapatkan maklumat dan info tentang Universiti Malaysia Pahang, pergi sahaja ke laman web ini. Semuanya ada di sini. Saya jamin anda tidak akan mencaci mahupun mengutuk laman web ini kerana interface nya menarik dan tidak berserabut. Mahukan yang laman web yang user friendly ? Mungkin laman web ini jawapannya.

0 ulasan: