THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 8 Oktober 2008

Universiti Malaysia Sarawak




Interfaces lamn web Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga boleh dikatakan boleh tahan. Simple dan selesa untuk dilayari. Pemilihan warna backgrounds yang selamat iaitu warna putih. Susunan layout juga ringkas sahaja da tidak berterabur. Bercerita tentang link- link utamanya terdapat di atasnya, nampak simple iaitu Vision & Mission, Admission, Alumni, Staff Services dan Contact Us. Bannernya menarik ditambahkan lagi dengan adanya gambar enam orang wanita yang cantik- cantik dimasukkan dalam banner. Tetapi saya rasakan cuma banner yang biasa sahaja. Pada bahagian kiri dibawah banner pada interfaces ini turut tersedia link- link berkaitan universiti tetapi secara detail dan menyeluruh contohnya seperti link welcome, About UNIMAS, Inside UNIMAS dan lain- lain lagi. Di bawahnya pula tersedia kalendar yang tercatat tarikh event- event yang belaku di UNIMAS. Jadi senanglah untuk kita mengetahui bila aktiviti akan dilakukan. Selain itu Admin Login juga tersedia pada interfaces laman web ini, tetapi tidak dapat dikenalpasti sama ada ia untuk para pelajar sahaja @ para pelajar dan staff juga. Dibawah sekali terdapat paparan jumlah pengunjung yang melayari kedalam laman web ini. Ok, kita beralih pula di bahagian tengah pada interfaces laman Universiti Malaysia Sarawak pula.. Diatas sekali jelas sekali di mulai dengan mukaddimah tentang UNIMAS ( Welcome to UNIMAS ) di mana ia menceritakan secara kasar tentang latar belakang UNIMAS. Di bawah mukaddimah kepada UNIMAS, terdapat link maklumat yang di letakkan di bawah tiga ketegori utama iaitu Announcement, Conferences 2008 dan conferences 2009. Pembahagian mengikut ketegori sebegini semestinya & dijamin 100% memudahkan para pengunjung kerana hanya dengan melihat ketegori utama ini, para pengunjung dapat mengetahui maklumat yang hendak dicari berada di mana tanpa perlu mencari satu persatu link. Pada bahagian kanan di interface ini pula, terdapat maklumat tentang RIMC's Research Gateway. Dibawahnya, terdapat juga ketegori Research Highlight di mana ia juga menyenaraikan segala aktiviti yang berkaitan penyelidikan yang dijalankan oleh UNIMAS. Boleh sayakan disebelah kanan ini, segala maklumat penyelidikan yang dijalankan di universiti ini kita boleh mengetahuinya. Kelebihan lain yang terdapat pada laman web ini adalah pihak developer turut menyenaraikan alamat serta nombor telefon universiti bagi memudahkan komunikasi diantara pengunjung dan pihak universiti.
Bila bercerita tentang kelemahan interfaces lamn web ini pula, saya rasakan ia disebabkan tiada langsung elemen flash dan multimedia yang diaplikasikan didalamnya. Font dan warna font pada link- link utama dan link- link yang spesifik juga tidak menarik dan kurang memberi impak kepada interfaces laman web ini. Perkhidmatan dwibahasa juga tidak disediakan pada laman web ini, menambahkan lagi koleksi kelemahannya Selalunya perkhidmatan ini serig dititik beratkan oleh sesetengah laman web yang baik.

0 ulasan: