Interface laman web Universiti Sains Islam Malaysia juga boleh tahan menariknya. Rekabentuk dan penyesuaian warna juga kelihatan lebih bercirikan kepada warna logo dan serasi dengan warna putih. Mengambil jalan selamat dengan memilih warna putih sebagai warna backgrounds dan ternyata itu merupakan langkah tepat dalam pembinaan interfaces ini. Seperti mana yang kita sendiri ketahui, amat sukar bagi kita untuk memilih font dan colour font yang sesuai dengan backgrounds. Lainlah warna putih, jika tulisan berwarna gelap mahupun terang, ia langsung tidak menimbulkan masalah kerana ia masuk dengan semua warna. sebagai warna. Warna yang digunakan juga agak sekata. Apa yang menari perhatian saya terhadap pada interfaces laman web ini ialah pengaplikasiaan teknik flash pada link yang terdapat disini. Ini tentunya dapat menarik minat pengunjungi untuk melawati laman wb ini dan secara gus dapat memahami maklumat yang disediakan. Ia juga memberi kemudahan kepada pengunjung laman web ini untuk terus klik pada link yang disediakan.
Laman web USIM juga bercirikan user friendly. Layout laman web ini boleh dikatakan agak sederhana. kemudahan dwibahasa disediakan iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Apa yang perlu pengunjung lakukan hanya klik pada link bahasa melayu / English pada bahagian atas sekali di bahagian kanannya untuk memilih bahasa yang kita kehendaki. Disamping itu, kemudah enjin carian tidak lupa juga disediakan untuk memudah dan mempercepatkan kerja pelanggan mencari maklumat. Ia berada di bawah link dwibahasa pada bahagian atas sebelah kanan laman web ini. Pada sebelah kanan juga terdapat icon-icon yang berbeza mengikut link-link tertentu. Ia ini mampu menarik pengunjung untuk klik pada icon tersebut,seterusnya menjadikan laman web ini lebih menarik. Banner utama yang terdapat di bahagian atas menggunakan khidmat dari teknik flash dan semestinya ia nampak prfessional. Dibawah banner pula terdapat gambar-gambar yang mewakili link mengikut kategori tertentu sperti pengajian siswazah pengajian pra- ijazah dan lain- lain lagi. Lain dari yang lain kerana kebiasaan untuk ketegori ini sesetengah developer aman web hanya meletakkan link berupa tulisan semata- mata sahaja. Sungguh kreatif!. Pada bahagian tengah sebelah kiri,terdapat link untuk AplikasiPermohonan Online. Manakala disebelahnya pula terdapat link mengenai maklumat seminar yang melibat penglibatan USIM. Seperti sesetengah laman web pengajaian tinggi, laman web USIM juga mempunyai link untuk memuat turun seperti memuat turun borang, pekeliling, rujukan dan lain- lain lagi.
Dibawahnya pula, disebelah kiri terdapat buletin USIM manakala disebelah kanan pula terdapat kalendar aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak Universiti. Apa yang saya lihat, kedua- dua senantiasa dikemaskini dai semasa ke semasa .Pada bahagian bawah,terdapat maklumat mengenai USIM seperti alamat,nombor telefon,faxs dan e-mail.Bahagian paling bawah sebelah kiri terdapat penerangan kepada pengguna,supaya mengunakan Interner Explorer untuk mendapatkan paparan terbaik.Ia adalah untuk memberi panduan kepada pengguna.
Jumaat, 24 Oktober 2008
Universiti Sains Islam Malaysia
Dicatat oleh penulis88 di 6:31 PG
Label: Tugasan HCI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan