Isnin, 6 Oktober 2008
Universiti Sains Malaysia
Kelihatannya interfaces laman ini sangat menarik dan berjaya membuat saya tertarik untuk mengunjunginya. Saya rasa ok dari semua sudut. Susunan layoutnya menarik begitu juga dengan elemen- elemen font yang agak konsisten. Turut juga tersedia di dalam laman web ini perkhidmatan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan english. Maklumat dan link- link di sini telah diatur dibawah 1 ketegori yang spesifik berpandukan maklumat pada link itu. Jadi, ia nampak lebih kemas dan tersusun. Pebuatan Banner utama di atas sekali dirasakan amat kreatif dan memperlihat penghasilan banner yang profesional. Juga segala maklumat diletakkan dibawah tajuk besar seperti Akademik & Kemasukan, Penyelidikan, Staf & Umun, Maklumat Universiti dan Jaringan. Setiap maklumat yang berkaitan dengan tajuk besar ini diletakkan dibawahnya. Selain itu, perkhidmatan enjin carian juga disediakan bagi memudakan pencarian maklumat dengan pantas dan lebih efisyen. Selain boleh mendapatkan maklumat yang terdapat dalam laman web ini, kita juga boleh mencari maklumat di luar laman web dengan mengguna enjin carian ini. Seksyen Berita Utama yang berada pada bahagian tengah di interfaces laman web ini pula memaparkan segala berita- beritadan info terkini. Dan semestinya info serta berita berkaitan USM ini senantiasa di kemaskini dari semasa ke semasa.
Terdapat juga ruangan View and Comments yang dikelolakan oleh Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd. Razak iaiyu Naib Cancelor USM.di bawah ruangan View dan Comments pula terdapat banner kecil yang berlink yang berfugsi untuk pergi ke pautan yang lain. Kalender juga turut disediakan disini, jadi bolehlah pengunjung melihat apakah diari USM itu sendiri.Terdapat juga sedikit banner- banner berlink dibawah, jadi mudah untuk pelayar laman web ini untuk mendapatkan maklumat. Kelemahannya pula link pada footer seperti Penafian, Polisi, Capaian, Peta laman dan Hubungi agak tidak jelas. Pengunjung mungkin tidak perasan jika tidak diteliti dengan betul. Apa- apa pun ia tetap 1 daripada laman- lama web IPTA yang lain yang harus dilawati kerana kita tidak rugi apa jiaka mengunjunginya.
Jadi, ia juga amat sesuai dikunjungioleh semua lapisan. Tak ade apa- apa kerugian kalo melawat ke dalamnya. Apa tunggu lagi?
Dicatat oleh penulis88 di 11:33 PG
Label: Tugasan HCI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan